Home MAKANAN Astaghfirullah hal adzim… ‘BERTAUBATLAH’ dari 2 jenis makanan popular ini

Astaghfirullah hal adzim… ‘BERTAUBATLAH’ dari 2 jenis makanan popular ini

245
0
SHARE

Sosej & Nugget makanan sampah?

Nugget & sosej adalah 2 makanan kategori sampah. Jika kita menikmati keseluruhan proses pembuatannya dengan melihat bahan-bahan yang digunakan pastinya terdetik dalam minda “sapa lah kebuloq sangat nak makan benda ni, geli aihhh”.

Ajaibnya setelah sampai ke peringkat akhir pembungkusan dan berada di dalam peti sejuk beku pasaraya seluruh dunia, ia bertukar menjadi makanan pilihan kerana selama ini kita hanya kenal & menikmati rasanya yang enak (pastinya kesan dari perisa, gula & garam berlebihan) tanpa pernah melihat proses kejadian asal.

Di dalam industri seboleh-bolehnya tidak ada bahan buangan. Jika ada sekalipun, ia hanya menjadi bahan buangan kilang A dan dalam masa yang sama kilang B menjadikannya bahan utama produk mereka.

Hanya 40% daging

40% sahaja daging. Selebihnya apa? Selebihnya adalah organ dalaman, lemak, tulang, tepung dan pelbagai lagi bahan lain. Ditambah dengan pelbagai bahan kimia yang sebahagiannya bahan kimia tersebut turut digunakan dalam industri kosmetik, dalam shampoo hatta dalam tiles yang sedang anda pijak tu.

Dimethylpolysiloxane atau Polydimethylsiloxane (PDMS) adalah antaranya. Pastinya ramai tertanya-tanya apa bahan ini tapi jika disebut SILIKON pasti ramai akan berkata “oooooo” dengan 6 harakat.

Dalam shampoo fungsi PDMS ni ialah untuk menjadikan hasil rambut tampak berkilat dan licin (supaya model iklan tu boleh melibas-libas rambutnya). Dalam industri makanan pula digunakan untuk mengelakkan bahan-bahan bergumpal (antifoaming agent).

Ketagihan gula 8X berbanding d@dah…

Perisa, pewarna, gula & garam adalah perencah yang ditambah bagi menghasilkan rasa ketagihan. Gula sebagaimana ramai yang tahu kesan ketagihannya 8x lebih berbanding k0kain.

Sekali lagi fakta “8x lebih ketagih” tidak memberi apa-apa makna kerana gula dilabel HALAL. Tidak menimbulkan rasa jijik sebagaimana bila disebut D@DAH. Malah masih ramai memaksa anak-anak minum minuman bergula kerana menganut fahaman mazhab “tubuh wajib memerlukan GULA” (rakyat faham GULA PASIR) untuk kekal bertenaga.

‘Bertaubatlah’…

Kesan ketagihan ini dapat dilihat sebaik sahaja pada gigitan pertama. Kemudian selagi tidak habis di dalam pinggan, otak memberi isyarat mahu, mahu, mahu dan mahu lagi. Maka membesarlah anak yang comel bagaikan JUARA menjadi JALUR LEBAR.

Begitulah sebahagian cerita nugget. Jika mahu dirungkai satu persatu nescaya memerlukan beberapa hari.

Namun, ujian nafsu & selera itu teramat berat. Korang lupa ke Nabi Adam manusia pertama dan ujian pertama kepada manusia ialah MAKAN?

Jadi kita kena mengerti la kenapa masih ada yang berpegang pada sandaran “Ala sekali sekala apa salahnya”. Kan!

Video:

sumber; Khanafi Mohd

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here