Home HIBURAN “Saya Ikut Cakap Doktor Bukan Netizen” – Ayu Raudhah Tak Terkesan Komen...

“Saya Ikut Cakap Doktor Bukan Netizen” – Ayu Raudhah Tak Terkesan Komen Negatif Tentang Kehamilannya

132
0
SHARE
Saya Ikut Cakap Doktor Bukan Netizen

Pelakon Ayu Raudhah berkata dia tidak membaca dan terkesan dengan komen-komen negatif netizen terhadap kandungannya yang kini sudah berusia enam bulan.

Saya Ikut Cakap Doktor Bukan Netizen

Ayu berkata, biarpun pelbagai pendapat netizen berkaitan kehamilannya, namun dia sudah mendapat nasihat daripada doktor oakar yang lebih arif tentang hal itu.

“Saya percaya semua orang ada pendapat masing-masing dan tidak semua orang suka kita. Tapi yang penting kita tahu apa yang kita buat.

“Tidak perlu dengan kata negatif, saya sudah berjumpa doktor profesional yang lebih tahu dan memberi nasihat dalam hal ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini diminta mengulas tentang komen-komen netizen yang mempersoalkan keadaan rahimnya selepas anak sebelum ini belum setahun selepas disahkan hamil kembali.

Dalam pada itu, Ayu berkata, apa yang lebih penting ialah sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling.

“Netizen suka pandang dari sudut yang lain, tidak apalah maafkan sahaja mereka.

“Bagi saya yang penting dapat sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling kita,” ujarnya.

Sementara itu, Ayu yang dijangka melahirkan cahaya mata pada Februari depan mengakui tidak terlalu berharap tentang jantina anak keempatnya itu.

“Kali ini tak kisah sebab sudah ada lelaki dan perempuan. Kalau perempuan saya tidak perlu buat persiapan banyak kerana pakai sahaja kakak dia punya.

“Tapi kalau lelaki saya terpaksa beli dan buat persiapan lain kerana abang-abang dia sudah besar,” ujarnya.

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here