Home POLITIK Kelantan Peruntuk RM50,000 Setahun Kepada Adun Pembangkang

Kelantan Peruntuk RM50,000 Setahun Kepada Adun Pembangkang

25
0
SHARE

Kerajaan Negeri meluluskan pemberian peruntukan berjumlah RM50,000 setiap tahun kepada setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata peruntukan itu akan diberi kepada lapan ADUN pembangkang membabitkan jumlah RM400,000.

“Ia adalah peruntukan pembangunan kecil berjumlah RM50,000. Memang tidak sama dengan wakil kerajaan kerana anak sendiri dengan anak angkat adalah tidak sama.

“Kita berharap wang berkenaan digunakan dengan baik demi membantu rakyat Kelantan,” katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2019 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata peruntukan itu akan diberi bermula Januari hadapan dan ia sudah dimasukkan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan Isnin lepas.

Sementara itu, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkata peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada ADUN pembangkang jelas menunjukkan mereka mengiktiraf hasil sumbangan yang diberikan kepada wakil rakyat walaupun berbeza ideologi.

“Walaupun peruntukan jauh lebih rendah berbanding yang diterima ADUN kerajaan namun ia boleh dimanfaatkan untuk kerja-kerja pentadbiran di peringkat DUN dan kita berharap akan menerima lebih banyak peruntukan jika Kerajaan Persekutuan membayar royalti kepada Kelantan,” katanya.

Difahamkan, ADUN daripada pihak kerajaan akan menerima peruntukan berjumlah RM250,000 setahun.

Sumber : Bernama

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here