Home SEMASA Indonesia Pecat Pengarah Teknikal Lion Air Dan Beberapa Juruteknik

Indonesia Pecat Pengarah Teknikal Lion Air Dan Beberapa Juruteknik

36
0
SHARE

Susulan nahas pesawat Lion Air JT610 isnin lalu, kementerian pengangkutan Indonesia telah memecat pengarah teknikal penerbangan itu dan beberapa orang jurutekniknya, lapor agensi Antara News, hari ini.

“Hari ini kami memecat pengarah daripada jawatan dan tugasnya,” kata Budi Karya Sumadi, memetik kemalangan itu sebagai puncanya. Ujarnya lagi, beberapa orang juruteknik turut dipecat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan setakat ini adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.

Menerusi satu sumber luar negara, Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memberitahu beliau tidak tahu berhubung arahan itu.

Pesawat malang Boeing 737 MAX 8 terhempas di Laut Jawa kira-kira 2 minit selepas berlepas daripada lapangan terbang di Jakarta. Ketika terhempas, pesawat berkenaan membawa seramai 189 orang penumpang termasuk anak kapal. Pasukan penyelamat percaya tiada mangsa yang selamat.

Usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan membabitkan beberapa agensi kerajaan negara republik tersebut. Setakat semalam, sebanyak 37 bag mayat telah dihantar untuk menjalani ujian DNA.

Melalui laporan semalam, pasukan penyelamat percaya banyak jasad mangsa masih terikat pada kerusi jika mengambil kira tempoh masa dua minit terhempas selepas berlepas.

Sumber : Antara News

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here