Home PETUA Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang. Yang Single...

Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang. Yang Single WAJIB Baca Taw.

159
0
SHARE

Seperti insan biasa yang pastinya mendambakan cinta, ingin dicintai dan dimiliki. Namun ramai antara kita yang masih belum mendapatkan jodoh termasuklah dengan min sendiri. Dalam meniti kedewasaan mungkin anda akan khuatir kerana jodoh belum tiba apalagi anda mempunyai kewangan yang stabil dan sudah layak untuk membina rumah tangga. Mungkin juga anda tertanya-tanya kenapa jodoh lambat sampai ni? ”Aku ni tak laku ke atau aku yang terlalu memilih”? Mesti soalan itu sering menjadi pertanyaan diri anda kan? Dah jangan risau kerana ada tanda jodoh kita semakin dekat yang membolehkan anda siap sedia jika jodoh anda benar-benar bakal tiba. Memang benar bahawa jodoh itu adalah rahsia Pencipta, tapi kita juga perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita tahu tanda jodoh kita semakin dekat.

“Jodoh adalah cerminan diri kita”. Kata-kata ini sangat tepat sekiranya kita mahukan jodoh yang baik, maka kita perlu menjadi yang terbaik terlebih dahulu. Oleh kerana ramai yang bertanya apakah tanda jodoh kita semakin dekat dengan seseorang, hari ini min akan kongsikan untuk anda.

Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang. Yang Single WAJIB Baca Taw.

1) Merasai Ketenangan Jiwa

Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat- merasai ketenangan jiwa

Sudah pasti setiap hari kita akan berinteraksi dengan ramai orang terutama di sekeliling kita. Interaksi yang baik sangat penting supaya berhubungan anda dalam keadaan harmoni. Perhatikan ketika anda sedang berinteraksi dengan seseorang dan anda merasakan tenang dan damai dan tidak pernah bosan dalam perhubungan itu, kemungkinan besar itulah tanda jodoh kita semakin dekat dengannya. Namun jika timbul rasa sakit hati, kecewa dan sedih yang berlarutan, jauhkanlah harapan anda terhadap dirinya.

2) Jadi diri sendiri dan sikap bersahaja

Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat- jadi diri sendiri dan bersahaja
kredit photo: azhan.co

Si dia orang menjadi diri sendiri dan sikap bersahaja? Mungkin benar itulah insan yang tak patut anda lepaskan. Seseorang bersifat hipokrit dan berpura-pura hanya untuk dilihat hebat dan sempurna di mata orang lain ialah orang yang tidak jujur dan boleh jadi pelbagai kebohongan dilakukannya. Berbeza dengan insan yang menjadi dirinya sendiri ialah orang yang ikhlas mengenali diri anda  dan mengharapkan orang lain menerima diri dia seadanya.

3) Memahami dan Menerima Antara Satu Sama Lain

Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat- memahami satu sama lain

Apabila kita menemui seseorang yang dapat memahami kita, boleh sama-sama bertolak ansur dalam apa jua keadaan dan yang terpenting menerima diri kita seadanya, kemungkinan besar itulah jodoh yang sesuai dan ideal buat anda. Walaupun anda bukanlah seorang yang kacak atau cantik, si dia masih menerima anda dan dapat memahami segala kekuranggan yang ada. Malah turut sama berusaha untuk memajukan diri anda bersama dengannya.

4) Diterima Keluarga

Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat- diterima keluarga

Restu ibu bapa dan keluarga amat penting untuk ikatan perkahwinan yang bahagia dan aman kerana perkahwinan bukan saja kita mengahwini pasangan tetapi juga seluruh ahli keluarganya. Oleh sebab itu apabila si dia telah dibawa berjumpa dengan keluarga dan kehadirannya diterima baik itulah tanda jodoh kita semakin dekat.

5) Solat Istikharah

Tanda Jodoh Kita Semakin Dekat- solat istikharah

Dalam islam, solat istikharah sangat dituntut sebagai petunjuk seseorang itu  jodoh kita atau sebaliknya. Selepas mengerjakan solat istikharah, seseorang akan menyakini dengan keputusan yang akan dilakukannya dan akhirnya berserah kepada Tuhan semoga perkahwinan itu mendapat keberkatan.

Semoga penulisan tanda jodoh kita semakin dekat ini dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk anda yang sedang mencari jodoh dan ingin membina rumah tangga. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here