Home KECANTIKAN Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan.

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan.

179
0
SHARE

Jeragat lekukan kecil pada kulit muka kerana terkumpul minyak, sel-sel kulit mati dan bakteria pada liang-liang kulit muka seperti pipi, dagu, hidung dan dahi. Jeragat juga dikenali sebagai adik jerawat yang turut menganggu kecantikan kulit wajah anda. Mungkin sudah banyak cara bahkan produk yang anda guna untuk menghapuskannya namun tak berhasil? Tapi usah risau kerana hari ini admin akan share pada anda semua Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan tanpa anda perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan

1) OATMEAL

Petua Hilangkan Jeragat- Oatmeal

Oatmeal merupakan antara petua utama untuk hilangkan jeragat dengan mudah dan berkesan. Selain bahan untuk makanan, oatmeal juga membantu untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran di kulit muka anda. Caranya dengan ambil empat sudu besar oat lalu  campurkan satu sudu yogurt,jus lemon dan madu. lembapkan kulit anda dan letakkan campuran itu pada muka kemudian gosok.

2) BAKING SODA

Petua Hilangkan Jeragat- baking soda
kredit photo: indiamart

Baking soda bermanfaat untuk menghapuskan kotoran dan sel-sel kulit mati. Cara menggunakannya ialah campurkan air dalam dua sudu teh baking soda. Kemudian sapukan pada bahagian kulit muka yang berjeragat. Selepas 10 minit.cucikan dengan air.

3) CUKA EPAL 

Cuka epal berfungsi untuk membuang minyak daripada kulit. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti bakteria untuk melawan jerawat. Caranya campurkan satu bahagian cuka epal dengan tiga bahagian tepung jagung. Gosokkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersihkan muka dengan air suam selepas itu bilas dengan air sejuk.

4) CUCI MUKA DENGAN KERAP

Petua Hilangkan Jeragat- cuci muka dengan kerap
kredit photo: portalinfoterkini

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah dan Berkesan ialah mementingkan tentang kebersihan wajah dan diri anda. Caranya ialah dengan membasuh muka anda tiga kali sehari dengan pencuci muka kerana ia bermanfaat untuk menghapuskan bakteria dan sel-sel mati pada kulit.

5) JUS LEMON

Jus lemon memiliki asid alpha hydroxy yang berfungsi untuk menggelupaskan kulit dan percepatkan pertumbuhan semula sel. Caranya ialah dengan mencelup bola kapas dalam jus lemon dan sapukan pada wajah anda. Selepas 15 minit, cuci muka dengan air sejuk. Cuba cara ini secara rutin anda untuk hilangkan jeragat anda.

Kesimpulannya, amalkan Petua Hilangkan Jeragat yang saya kongsikan ini supaya kulit wajah anda bebas daripada jeragat dan kulit muka anda anda cantik dan berseri.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here