Home KESIHATAN Manfaat Air Kelapa Untuk Ibu Hamil. Para Wanita PATUT Baca.

Manfaat Air Kelapa Untuk Ibu Hamil. Para Wanita PATUT Baca.

80
0
SHARE

Air kelapa ialah cairan yang berada di dalam kelapa hijau muda yang merupakan minuman segar yang menyejukkan dahaga. Air kelapa dipercayai memberi banyak kebaikan untuk penggemar terutamanya manfaat air kelapa untuk ibu hamil. Kerana itulah orang dulu-dulu selalu menyarankan ibu hamil untuk minum air kelapa. Saya antara penggemar air kelapa kerana khasiatnya yang diyakini dan mudah didapati. Oleh itu, jom kita lihat manfaat air kelapa untuk ibu hamil.

Manfaat Air Kepala Untuk Ibu Hamil. Para Suami PATUT Baca.

1) MENGAWAL PARAS GULA DAN PERBAIKI PEREDARAN DARAH

Antara manfaat air kelapa untuk ibu hamil antaranya ialah mengawal kandungan gula dalam darah dan perbaiki peredaran darah. Air kelapa mengandungi vitamin C, magnesium dan potasium yang dapat tingkatkan kolestrol yang baik dalam badan. Selain itu, air kepala juga dapat mengawal kandungan gula dan mengatasi risiko strok dan tekanan darah tinggi.

2) MERAWAT PEDIH HULU HATI DAN SEMBELIT

Air kelapa turut dipercayai dapat merawat pedih hulu hati dan sembelit. Kesakitan sebegini biasanya dialami oleh wanita hamil. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk meminum air kelapa kerana ia akan membaiki dan menguatkan sistem percernaan. Air kelapa dapat stabilkan pH dalam badan, mengatasi masalah loya dan membaiki metabolisma anda.

3) MENGHALANG DEHIDRASI DAN KELESUAN

Air kelapa terdapat kandungan elektrolit dan plasma yang menjadi rawatan untuk dehidrasi kerana sakit perut, keracunan dan lain-lain. Air kelapa juga sebagai penambah tenaga dan atasi kelesuan yang sesuai diminum untuk ibu hamil yang bekerja.

4) PERCEPATKAN PERTUMBUHAN JANIN

kredit photo: alwib.net

Manfaat air kelapa untuk ibu hamil seterusnya dapat mempercepat pertumbuhan janin kerana air kelapa dapat membekalkan nutrien yang penting buat ibu. Oleh itu anda akan sihat dan bertenaga dan mampu membantu pertumbuhan janin.

5) MELAWAN JANGKITAN SALURAN KENCING

Melawan jangkitan saluran kencing ialah antara salah satu manfaat air kelapa untuk ibu hamil. Air kelapa mengandungi asid laurik yang menghasilkan monolaurin, asid lemak untuk mencegah sebarang penyakit. Minumlah air kelapa sebagai rutin untuk membantu kekalkan kesihatan saluran kencing dan mengelak jangkitan saluran kencing.

6) MENGANDUNGI VITAMIN C

Manfaat Air kelapa untuk ibu hamil ialah mengandungi vitamin C yang tinggi yang sangat diperlukan oleh tubuh terutama ibu hamil. Antara manfaatnya ialah seperti menambah daya tahan tubuh dan memberi zat antioksida.

Jelas terdapat banyak Manfaat Air Kepala Untuk Ibu Hamil malah juga untuk siapa saja. Amalkan minuman ini untuk menjadikan tubuh badan anda lebih segar dan aktif. Semoga perkongsian ini bermanfaat buata anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here