Home BISNES Kerja Mudah Gaji Besar Yang Anda Patut Cuba!

Kerja Mudah Gaji Besar Yang Anda Patut Cuba!

242
0
SHARE

Seperti yang kita ketahui, untuk mendapatkan apa-apa pekerjaan di Malaysia, anda perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Permulaan gaji untuk kelayakan SPM ialah antara RM900 hingga RM1000 dan gaji akan dinaikkan mengikut kepada prestasi anda. Tapi persoalannya cukup ke gaji yang anda dapat tu, apalagi untuk mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai sudah tentu anda memerlukan kewangan yang kukuh. Ramai yang tertanya-tanya untuk mendapatkan kerja mudah gaji besar walaupun hanya dengan berbekalkan SPM. Tapi anda jangan risau kerana masih ada kerja mudah gaji besar yang dapat menjamin masa depan yang lebih baik.

Kerja Mudah Gaji Besar Yang Anda Patut Cuba!

1) Agent Insuran

Kerja Mudah Gaji Besar- ejen insuran

Menjadi agent insuran adalah antara kerja mudah gaji besar yang anda boleh cuba ceburi. Cara untuk menjadi agent insuran adalah pada mulanya anda perlu lulus dalam ujian yang diberikan. Anda tidak perlu risau kerana telah ramai yang berjaya dalam pekerjaan ini malah ada juga yang telah menjadi jutawan. Antara syarikat yang diluluskan dan anda boleh sertai ialah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Etiqa Takaful Berhad dan sebagainya.

2) Juruterbang

Kerja Mudah Gaji Besar- juruterbang

Kerjaya ini sememangnya diminati ramai dalam kalangan lelaki mahupun wanita. Namun kerja juruterbang memerlukan kewangan yang besar kerana kursus yang diberi sepanjang pengajian adalah sehingga ratusan ribu ringgit. Tapi gajinya sangat besar dan mewah. Antara akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence seperti HM Aerospace Sdn. Bhd (HMA) yang terletak di Langkawi.

3) Ejen Hartanah

Kerja Mudah Gaji Besar- ejen hartanah

Bagi mereka yang ingin menambah pendapatan yang lumayan dan menguntungkan, anda boleh berjinak-jinak menjadi ejen hartanah. Sebelum melibatkan diri dalam kerjaya ini anda perlu memahami dan belajar tentang pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen yang mahirdan bertauliah. Seperti kebiasaan yang kita dengar, Broker Rumah dan Broker merupakan kerjaya ejen. Ada yang menjadi ejen sebagai pekerjaan sampingan dan juga sepenuh masa bergantung pada individu tersebut. Tapi apa yang perlu anda tahu ialah keuntungan yang ejen perolehi untuk jualan yang berjaya boleh mencecah RM 40.000. Wah memang menarik bukan? Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi ejen hartanah.

4) Safety & Health Officer

Kerja Mudah Gaji Besar-Safety & Health Officer

Pekerjaan ini ialah anda perlu memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu organisasi dan tempat kerja anda mengikut standard DOSH. Gaji untuk kerja ini adalah lumayan kerana skop kerja dan tugas anda juga besar.

5) Operator Pelantar Minyak

Safety & Health Officer- Operator Pelantar Minyak
kredit photo: jejakorangminyak

Operator pelantar minyak ialah pekerja am yang membantu kerja-kerja di pelantar minyak. Anda yang meminati bidang ni perlu mendapatkan latihan berturutan semasa menjalankan tugas supaya anda mendapatkan kemahiran yang dikehendaki. Elaun turut diberikan yang pastinya meningkatkan gaji anda. Namun begitu, kerjaya ini memerlukan anda berkorban untuk berjauhan dari keluarga dalam waktu yang lama.

Untuk anda yang masih rungsing untuk mencari pekerjaan ataupun kerja sekarang tidak mampu menampung perbelanjaan hidup anda, cubalah menceburi kerjaya-kerjaya yang saya cadangkan di atas, yang sememangnya kerja mudah gaji besar. Kongsikan artikel ini sekiranya ia bermanfaat buat anda dan mereka yang sedang mencari pekerjaan.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here