Home KESIHATAN Faktor dan Tanda Awal Kanser Payudara. Wanita WAJIB Ambil PERHATIAN.

Faktor dan Tanda Awal Kanser Payudara. Wanita WAJIB Ambil PERHATIAN.

99
0
SHARE
Woman with breast cancer awareness ribbon

Kanser payudara adalah antara penyakit yang berlaku daripada tindakan sel di luar kebiasaan. Pada kebiasaannya sel-sel ini membuat pembahagian yang terkawal mengikut keperluan badan kita. Kadar penghasilan sel melebihi keperluan akan menghasilkan lebihan tisu yang kemudian dikenali sebagai ketumbuhan. Kanser payudara terbahagi pada dua bentuk iaitu invasif dan tidak invasif. Kanser tidak invasif ialah sel-sel kanser yang hanya tertumpu di kawasan asal dan kanser invasif pula ialah sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Kanser ini sangat digeruni dalam kalangan wanita kerana ianya cepat merebak bahkan boleh mengundang maut. Kerana itu para wanita sering dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital. Sekiranya ada tanda-tanda awal, cegahlah ia dengan perubatan yang disarankan oleh doktor mahupun pakar. Pada kali ini saya akan kongsikan tentang Faktor dan Tanda Awal Kanser Payudara agar dapat menjadi panduan dan langkah berjaga-jaga untuk anda.

FAKTOR BARAH PAYUDARA

1) SEJARAH KELUARGA

Faktor barah payudara dikaitkan dengan sejarah keluarga yang dikatakan barah ini diwarisi. Sekiranya ahli keluarga anda pernah menghidapi barah payudara, anda berkemungkinan besar akan turut berhadapan dengan penyakit ini.

2) UMUR

Umur juga merupakan faktor seseorang individu berhadapan dengan kanser ini. Perlu diketahui bahawa individu yang lebih berumur mempunyai risiko tinggi kerana menurut sumber 1 daripada 500 wanita berumur 30 an berkemungkinan besar untuk menghadapi kanser payudara.

3) SEJARAH PENGHIDAP KANSER

Faktor dan Tanda Awal Kanser Payudara- Sejarah Penghidap Kanser
kredit photo: sentiasapanas

Adakah anda pernah menghidap kanser payudara? Ini bermakna anda perlu berhati-hati kerana besar risiko untuk penyakit ini muncul kembali. Ini dikaitkan dengan faktor berlakunya kanser payudara.

TANDA BARAH PAYUDARA

1) BIOPSI

Biopsi ialah prosedur ujian lanjutan untuk memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisuu payudara diambil dan dihantar ke makmal untuk diperiksa menggunakan mikroskop. Biopsi ialah cara terbaik untuk melihat sekiranya ada benjolan pada payudara. Biopsi dapat membantu menentukan benjolan tersebut samada kanser atau ketumbuhan.

2) KETULAN DISEKITAR PAYUDARA

Faktor dan Tanda Awal Kanser Payudara: Ketulan sekitar payudara
kredit photo: familias.com

Antara tanda awal kanser payudara ialah terdapat ketulan disekitar payudara. Jika ini berlaku segara bertemu dengan doktor untuk mengesahkannya.

3) KELUAR CECAIR PADA PAYUDARA

Terdapat dua jenis cecair iaitu cecair jernih dan cecair bercampur darah. Cecair jernih ialah kanser itu masih diperingkat awal dan segera dapatkan rawatan. Cecair yang becampur darah tandanya kanser anda berada ditahap bahaya.

4) SAIZ PAYUDARA MENJADI BESAR ATAU KECIL TANPA SEBAB

 

Faktor dan Tanda Awal Kanser Payudara- saiz payudara menjadi besar sebelah
kredit photo: blogger semasa

Jika saiz payudara anda mengalami perubahan pada satu bahagian payudara saja boleh jadi itu kerana kanser.

Sekiranya anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda kanser payudara di atas, jangan lengahkan masa dan segeralah bertemu dengan doktor atau pakar supaya penyakit ini dapat diubati dengan cepat. Sayangi diri dan individu disekeliling anda dengan kongsikan faktor dan tanda awal kanser payudara supaya kita semua dapat bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here