Home BISNES Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil Yang Wajib Anda Mula Dari Awal

Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil Yang Wajib Anda Mula Dari Awal

158
0
SHARE

‘Gaji belum dapat lagi, poket dah kering ni oi’ Ha, tu la keluhan yang biasa kita dengar apalagi bila baru mula-mula kerja kan. Tambah pula untuk yang baru lepas belajar kena fikir nak bayar hutang lagi, dengan fikir nak berjimat lagi. Kos sara hidup yang tinggi sememangnya memerlukan kita untuk menabung dan berjimat cermat dalam berbelanja. Anda mesti pernah terfikir bagaimana Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil tapi sebab tak tahu cara yang betul dan tiada guideline korang tidak meneruskan niat itu. Pada awalnya untuk menabung memang agak sukar tapi bila kita telah mengetahui Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil, ianya bukanlah sesuatu hal yang mustahil untuk dilaksanakan.

Baiklah untuk kali ini min akan kongsikan Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil yang akan memberi manfaat dan kebaikan untuk anda. Seperti yang kita tahu, kita mampu menabung sebagai persediaan untuk masa depan bila kita tahu Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil.

Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil Yang Wajib Anda Mula Dari Awal

1) Kenal Pasti Matlamat Menabung

Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil- Kenal pasti matlamat menabung

Untuk menabung secara konsisten anda perlu mengenal pasti apa matlamat anda? Adakah untuk membeli rumah, kereta atau untuk hari tua anda? Jika ingin membeli kereta, tentukan berapa banyak bayaran muka yang perlu anda buat dan berapa ansuran yang harus anda bayar setiap bulan?

Bila anda mempunyai matlamat menabung untuk jangka masa panjang, anda perlu membuat perancangan yang lebih konsisten supaya matlamat anda dapat dicapai dengan jelas. Cuba anda fikirkan bagaimana untuk anda menyimpan wang bagi membolehkan anda hidup selesa bila mencapai umur persaraan atau pun bila anda telah berhenti kerja.

2) SEDAR DIRI DAN KURANGKAN BELANJACara Menyimpan Duit Gaji Kecil- Sedar diri dan kurangkan belanja

Cara menyimpan duit gaji kecil ialah anda perlu sedar diri dimana tahap kemampuan anda, berapa gaji anda sebulan, cukup ke untuk menabung kalau anda selalu berbelanja besar? Nah, fikirkan itu. RM2000 anda hanya untuk shopping? Membazir bukan? Lihat kembali berapa banyak perbelanjaan yang anda habiskan untuk setiap bulan. Adakah ia keperluan atau kehendak? Kurangkan perbelanjaan anda dengan membeli barang keperluan dan kemudiankan kehendak dengan menabung terlebih dahulu. Orang kata “ukur baju di badan sendiri” supaya anda lebih berjimat dan kurangkan perbelanjaan.

3) TETAPKAN SATU JANGKA MASA UNTUK MENYIMPAN

Cara Menyimpan Duit Gaji Kecil- tetapkan jangka masa untuk menyimpan

Tetapkan satu jangka masa untuk menyimpan supaya anda akan lebih konsisten untuk mencapainya. Contohnya, ingin membeli kereta dalam masa 1 tahun akan datang. Jadi anda harus fokus supaya dalam masa 1 tahun anda dapat mengumpul wang untuk mendapatkan kereta idaman. Mudah kan untuk anda praktiskan?

Anda juga perlu membuat kira-kira berapa banyak yang perlu anda simpan setiap bulan untuk merealisasikan setiap objektif dalam jangka masa yang ditetapkan. Pastikan anda disiplin melakukannya kerana cara menyimpan duit gaji kecil ini dapat membantu dan bermanfaat untuk anda.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here