Home PETUA Cara menjimatkan Elektrik di Rumah Yang Ramai Belum Tahu .

Cara menjimatkan Elektrik di Rumah Yang Ramai Belum Tahu .

302
0
SHARE

Bil elektrik semakin naik dari bulan ke bulan bahkan mencecah ribuan ringgit? Anda pusing memikirkan bagaimana untuk kurangkan bil elektrik? Anda sendiri tidak tahu bagaimana cara menjimatkan elektrik kerana semua barangan elektrik di rumah adalah penting untuk digunakan untuk memenuhi aktiviti harian anda. Keadaan keadaan ekonomi yang gawat kita sepatutnya berjimat cermat dalam menguruskan kewangan. Jadi untuk artikel kali ini saya akan menerangkan Cara menjimatkan elektrik di Rumah Yang Ramai Tidak Tahu.

1) Hadkan Penggunaan Peralatan Elektrik

Cara menjimatkan elektrik yang pertama sekali ialah anda perlu hadkan penggunaan peralatan elektrik di rumah. Antaranya membuat kawalan penggunaan seperti gunakan kipas dan penghawa dingin hanya ketika rasa panas saja. Jadualkan waktu tontonan televisyen untuk siaran-siaran penting dan seeloknya lakukan perkara yang lebih berfaedah seperti jogging, berkebun, dan lain-lain. Gunakan cahaya lampu ketika waktu malam saja kerana cahaya matahari dapat menerangi rumah pada siang hari.

2) Menutup suis dan cabut soket

Cara menjimatkan elektrik- menutup suis dan mencabut soket

Pastikan anda ingatkan kepada ahli rumah supaya sentiasa menutup peralatan elektrik bila tidak digunakan. Kebanyakkan dari kita ambil endah dan berat tangan untuk menutup suis elektrik padahal itu perkara yang sangat mudah. Selepas menutup suis pastikan juga anda mencabut soket dari plug kerana jika tidak tenaga elektrik masih mengalir bila soket terpasang.

3) Penggunaan tenaga elektrik yang cekap

kredit photo: hafizrahim.com

Apabila anda ingin membeli peralatan elektrik belilah barangan yang maksimumkan penggunaan tenaga elektrik yang cekap dan mempunyai ( energy efficiency label ) yang akan ditampal pada peralatan elektrik. Label ini menunjukkan tahap kecekapan penggunaan elektrik bagi sesuatu peralatan.  Kebiasaanya kita akan lihat label ini pada peti sejuk, televisyen, kipas dan lain-lain. Bintang yang tertera pada label itu menunjukkan tahap kecekapan tenaga dan semakin jimat penggunaan elektrik.

4) Gunakan Peralatan Elektrik dengan Betul

Cara menjimatkan elektrik yang seterusnya ialah gunakan peralatan elektrik dengan betul mengikut caranya untuk elak dari pembaziran. Contohnya, tidak maksimumkan penggunaan ruang peti sejuk kerana barang yang terlalu banyak menyebabkan banyak tenaga elektrik yang digunakan. Apabila menggunakan mesin basuh, sila pastikan berat pakaian yang dimasukkan dalam mesin tidak melebihi kapasiti yang tertera.

Apabila kita berjaya mengikuti cara menjimatkan elektrik di atas maka kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk bil elektrik. Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa untuk share pada rakan-rakan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here