Home PENJAGAAN RUMAH Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif

Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif

193
0
SHARE

Setiap orang pasti menginginkan sebuah rumah yang cantik, indah dan nyaman untuk didiami. ‘Rumahku Syurgaku’ Itulah perkataan yang menggambarkan pentingnya kediaman kita kerana itu tempat utama untuk kita tinggal. Namun begitu, sudah tentu anda perlu menghiasi rumah anda supaya kelihatan menarik dan selesa berada dalam rumah. Ada yang beranggapan untuk ‘renovate’ sebuah rumah memerlukan bajet yang besar tapi anda tidak perlu risau kerana ada Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif yang semua orang mampu lakukan. Bahkan anda tidak perlu mengupah mereka yang mahir kerana anda mampu lakukannya berdasarkan bajet yang anda. Oleh itu, hari ini admin akan kongsikan Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif yang tentunya akan bermanfaat buat anda.

1) MENGHIAS DINDING YANG KOSONG

Cara Menghias Rumah yang utama sekali ialah anda perlu ceriakan dinding rumah anda dengan cat dan ‘wallpaper’. Anda boleh menghiasi dinding rumah anda dengan kepingan CD (Compact Disk). Hiasan ini sangat mudah kerana anda hanya perlu menggunakan CD yang lama dan tidak lagi digunakan. Zaman teknologi kini ramai yang tidak lagi menggunakan CD, jadi sia-sia kan kalau kita gunakan CD itu untuk menghias rumah daripada terbiar dan dibuang begitu saja. Tambahan lagi, kepingan CD juga kelihatan cantik dan memantulkan waktu bila terkena cahaya. Menarik bukan? Inilah Cara Menghias Rumah yang kreatif, mudah dan murah.

Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif- MENGHIAS DINDING YANG KOSONG
kredit photo: ciricara

Seterusnya, Hiaskan Dinding dengan Origami. Caranya juga sangat mudah kerana hanya perlu menggunakan kertas, gunting dan pelekat dinding untuk membuat origami dan sudah pasti tidak  memerlukan modal yang tinggi. Anda boleh melihat di youtube atau carian google tentang tutorial membuat origami yang menarik dan kreatif. Terdapat banyak jenis origami yang boleh dijadikan hiasan dinding seperti bentuk burung, kupu-pupu, hati dan sebagainya mengikut citarasa anda.

Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif- hiasan origami

2) RENOVATE PERABOT ANDA

Cara menghias rumah dengan mudah dan kreatif ialah dengan upgrage perabot rumah anda. Anda tidak perlu membeli perabot yang baru sekiranya perabot lama sudah memadai. Cantikkan kerusi dengan membuatkan sarung baru yang menarik dan cantik untuk menambahkan seri rumah anda. Selain itu, ubahsuai juga perabot rumah dengan tambahkan warna yang ceria dengan kain perca.

Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif- renovate perabot
kredit photo: hias.my
Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif- hiasan pada kerusi
kredit photo: karangkraf

3) KITAR SEMULA BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN 

Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif- kadbord sebagai hanger baju
kredit photo: kitarsemulabahan.weebly.com
Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif- botol minuman dan cd sebagai pasu
kredit photo: kuntum

Salah satu Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif ialah menggunakan bahan dan barangan yang ada dalam rumah anda. Mesti banyak bahan-bahan di rumah anda yang tidak lagi digunakan tapi jangan buang dulu. Jika ada barang-barang yang boleh digunakan untuk menghiaskan rumah anda kenapa perlu dibuang kan? Antara bahan yang boleh digunakan semula antaranya ialah kertas kadbod keras yang boleh dimanfaatkan sebagai hanger baju. Botol minuman juga boleh dicantum dengan CD sebagai pengganti pasu. Anda boleh menanam pelbagai jenis tanaman mahupun pokok bunga. Wah, menarik bukan?

Manfaatkan segala bahan dan barang yang ada dalam rumah anda sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik. Semoga perkongsian ini dapat memberi idea dan ilham untuk kita semua supaya dapat mencantikkan lagi kediaman kita. Sekiranya Cara Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah dan Kreatif yang min bermanfaat buat anda janganlah lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan. Sekian.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here