Home KESIHATAN Cara Kempiskan Perut Buncit . Guna Bahan Dapur Jer!

Cara Kempiskan Perut Buncit . Guna Bahan Dapur Jer!

417
0
SHARE
Cara Kempiskan Perut Buncit

Jamu Dan Masyarakat Hari Ini

Dunia kini, anak-anak muda zaman sekarang sudah melupakan khasiat dan manfaat jamu kepada tubuh badan. Mereka sudah kurang mengamalkan jamu dalam rutin hariannya.

Hal ini kerana tidak biasa dengan jamu dan jamu ni kalau tak pernah makan memang pahit rasanya.

Cara Kempiskan Perut Buncit

Hari ni saya nak kongsikan cara mudah buat jamu homemade untuk hilangkan perut buncit hanya dalam masa 2 minggu sahaja. Guna bahan dapur jer.

Masalah perut buncit boleh diatasi dua minggu jer? Yep, dengan adanya lada hitam ia boleh pecahkan lemak degil , lemak tepu dalam perut.

Bahan-Bahanya Adalah:

  1. Halia 3 cm (lebih kurang sebesar ibu jari)
  2. Halba 3 sudu besar
  3. Lada hitam 1 sudu kecik (lebih kurang 15biji)
  4. Bawang putih 3 ulas

Cara buat :

Cara Kempiskan Perut Buncit
Kredit gambar: Puan Yana

1- Ambil 3 sudu besar halba, cuci dan selawat kemudian toskan air.

Cara Kempiskan Perut Buncit
Kredit gambar: Puan Yana 

2- Ambil 1 sudu kecil lada hitam lebih kurang 15 biji , cuci dan toskan air.

Cara Kempiskan Perut Buncit
Kredit gambar: Puan Yana

3- Ambil 3 ulas bawang putih dibuang kulitnya dan cuci.

Cara Kempiskan Perut Buncit
Kredit gambar: Puan Yana

4- Ambil 3 cm halia lebih kurang sebesar ibu jari dan hiris supaya senang nak tumbuk.

5- Masukkan keempat-empat bahan itu tadi  ke dalam lesung dan tumbuk sampai hancur.

Bila dah lumat, gentel menjadi bulat-bulat. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak perlu jemur tempat panas. ok dah pun SIAP !!!

Cara Kempiskan Perut Buncit
Kredit gambar: Puan Yana

Tips

** Simpan dalam bekas kedap udara
** Satu adunan ni tahan seminggu

Fungsi Jamu

Fungsinya adalah untuk mengatasi masalah perut buncit, buang angin dan pecahkan lemak degil lemak tepu.

Cara makan :

Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. Sesuai sangat untuk ibu yang bersalin ceaser sebab angin banyak dalam badan tu. Korang tak rasa apa pun bila makan, telan je. Pastu tunggu lah, asyik kentut dan sendawa. hahaha. lega….

Pantang-Larang

 Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan
 Ibu mengandung TAK BOLEH.

Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya ibu yang bersalin ceaser perut buncit lebih sikit kan.

Lelaki dan perempuan yang banyak angin dalam badan digalakan mencuba.

OK itu sahaja entri kali ini.. Selamat mencuba. Silakan share kepada rakan-rakan yang lain.

Kredit : Puan Yana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here