Home KECANTIKAN Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Bahan Semula Jadi

Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Bahan Semula Jadi

119
0
SHARE

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Wanita sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik. Ia sama ada demi kepuasan diri atau bergaya di hadapan orang lain.Ramai wanita diluar sana menggunakan cara yang cepat dengan mengambil produk yang mengandungi bahan yng terlarang seperti merkuri.Memang ia memberikan kesan yang cepat tapi ia sangat bahaya untuk jangka masa yang panjang.Selain menggunakan produk kecantikan,kita juga boleh menggunakan bahan semula jadi untuk kecantikan kulit wajah.

Antara bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mencantikkan kulit wajah ialah:

aloe vera_untuk kulit cantik
www.indiamart.com

1.Aloe vera

Aloe vera atau lidah buaya boleh dijadikan perawat kepada masalah kulit pada masa yang sama boleh merawat masalah kesihatan yang lain.Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan lidah buaya boleh melambatkan penuaan.Sapuan gel lidah buaya yang kerap boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.Bagaimana cara penggunaan lidah buaya ini?Ambil gel dari daun lidah buaya dan sapu ke kulit.Biarkan gel tersebut selama 15 minit dan cuci dengan air.Anda hendaklah mengamalkan beberapa kali dalam seminggu.

madu_tips wajah cantik
selangorkini.my

2.Madu

Terdapat banyak manfaat madu kepada kulit wajah di antaranya dapat menghaluskan kulit dan menghilangkan jerawat.Selain itu,madu juga dapat melembapkan kulit wajah kerana madu mengandungi zat air tinggi.Madu yang cukup terkenal yaitu dapat melindungi kulit. Madu memiliki kandungan antioksidan, anti-jamur dan anti-mikroba yang dapat menyembuhkan bintik merah, infeksi kulit dan juga menyembuhkan luka.

 

Jus lemon_kulit wajah cantik
http://www.cosmogirl.co.id

3.Jus Lemon

Banyak manfaat jus lemon terhadap kulit muka iaitu dapat mencerahkan wajah.Ini kerana lemon mengandungi vitamin c yang tinggi dan vitamin c dapat mengangkat sel sel kulit mati sehingga kulit akan terlihat cerah.Jus lemon juga dapat mengurangkan jerawat pada muka serta dapat melembapkan kulit muka.Vitamin yang terkandung di dalamnya akan menambah zat pada kulit sehingga kulit akan terasa lebih halus.

 

kunyit_tips kulit wajah cantik
http://jogja.tribunnews.com

4.Kunyit

Kunyit amat terkenal sebagai herba yang dapat merawat masalah dalaman dan juga dapat merawat masalah kulit wajah.Kunyit mengandungi anti oksida dan anti radang yang membuatkan kulit nampak lebih glowing secara semulajadi.Kunyit dapat mengelakkan penuaan kulit dan menjadikan wajah lebih muda dari usia yang sebenar.Di samping itu,kunyit dapat merawat jeragat.Jeragat atau pigmentasi terjadi apabila kulit kita bebas daripada cahaya matahari dan suhu yang panas menyebabkan kulit kita mengeluarkan melanin dan terjadinya jeragat.

bunga rose_tips kulit cantik
https://digiyan.com

5.Bunga Rose

Bunga rose selalu di gunakan untuk melembapkan kulit kering kerana ia mempamerkan ciri-ciri antibakteria. Ini juga adalah berita baik bagi mereka yang mempunyai kulit jerawat kerana mawar mempunyai unsur membersihkannya dari bakteria punca jerawat.Walau bagaimanapun,bunga rose boleh mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit cerah berseri.Ia juga dapat melembutkan kulit wajah dengan menumbuk bunga rose sehingga lumat dan sapu ke bahagian muka.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here