Home BISNES 4 Cara Beli Rumah Cash Dengan Betul dan Cepat.

4 Cara Beli Rumah Cash Dengan Betul dan Cepat.

178
0
SHARE

Rumah adalah keperluan utama yang ingin dimiliki setiap individu lebih lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga. Takkan selamanya anda ingin menyewa rumah kan? Sampai bila? Namun kini kos untuk membeli rumah agak tinggi menyebabkan ramai yang terpaksa membatalkan niat untuk membeli rumah. Tapi usah risau kerana hari ini saya akan kongsikan tentang cara beli rumah cash dengan betul dan cepat. ‘ Beli rumah cash, mampu ke’? Jika itu yang ada dalam fikiran anda, buang semua kerungsingan itu kerana dengan cara beli rumah cash yang akan saya ulaskan satu persatu akan memberi anda celik akal untuk bertindak.

4 Cara Beli Rumah Cash Dengan Betul dan Cepat.

1) Membuat Pilihan Awal

Cara Beli Rumah Cash- membuat pilihan awal

Antara cara beli rumah cash yang utama ialah dengan membuat pilihan awal  tentang rumah yang ingin dibeli. Kenalpasti tentang lokasi rumah, kemudahan yang ada, persekitaran kediaman dan lain-lain yang dirasakan penting. Membuat pilihan rumah yang lokasi strategik seperti dekat dengan pasar raya, sekolah, berhampiran saudara-mara. Membuat pilihan rumah adalah sangat penting supaya anda mendapat kepentingan.

2) KOS MEMBELI RUMAH

Cara Beli Rumah Cash- Kos membeli rumah

Untuk membeli rumah idaman, anda perlu membuat kira-kira berapakah kos rumah yang diinginkan itu. Oleh itu, anda perlu membuat simpanan dari awal supaya proses mendapatkan rumah secara cash tercapai. Diingatkan supaya anda membeli rumah sesuai dengan kemampuan dan kewangan yang ada. Kata orang,’ukurlah baju dibadan sendiri’.

3) MEMBAYAR DEPOSIT

Cara Beli Rumah Cash- membayar deposit

Membayar deposit merupakan tanda setuju untuk membuat pembelian. Apabila anda telah menemukan rumah yang sesuai, capailah kata sepakat dengan pihak penjual dan membayar deposit rumah. Biasanya deposit untuk membeli rumah adalah sebanyak 10% daripada harga rumah itu.

4) MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN NOTARI

Menggunakan perkhidmatan notari antara salah satu cara beli rumah cash dengan betul dan cepat. Cara ini adalah selamat kerana memainkan peranan penting untuk proses pembelian dan penjualan. Notari jua membantu untuk dapatkan nama sijil dengan cepat. Biasanya proses ini mengambil masa yang singkat dan memudahkan urusan.

Ini adalah antara cara beli rumah cash dengan betul dan cepat untuk anda yang ingin membeli rumah sendiri. Semoga artikel ini membantu anda untuk mendapatkan rumah dengan cepat dan mudah.Jangan lupa untuk kongsikan pada rakan-rakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here