Home KESIHATAN Virus Tangan Kaki Mulut (HFMD) Dijumpai Di Troli Pasaraya.

Virus Tangan Kaki Mulut (HFMD) Dijumpai Di Troli Pasaraya.

239
0
SHARE
punca penyakit HFMD

Baru-baru ini gempar dengan penularan virus tangan kaki dan mulut atau hand, foot and mouth disease (HFMD). Di penang pakar penyiasat kesihatan sedang menyiasat kes ini dan dipercayai HFMD berpunca daripada troli pasaraya.

Virus HFMD dijumpai di tempat pemegang troli dan kelengkapan permainan kanak-kanak di pasaraya.

Minggu lepas, Jabatan Kesihatan Negeri mengarahkan semua pusat pasaraya membeli-belah mengadakan pembersihan terhadap troli, kelengkapan permainan kanak-kanak dan tempat duduk awam.

Bagaimana virus tangan kaki dan mulut  boleh merebak? Apakah punca HFMD boleh merebak?

Penyakit tangan kaki dan mulut ini boleh dijangkiti dan merabak melalui sentuhan kepada hingus, air liur dan cecair ataupun blisters daripada orang yang dijangkiti itu.

HFMD Malaysia merekodkan bahawa kanak-kanak adalah golongan yang paling  senang dan banyak dijangkiti dengan virus HFMD terutamanya di kawasan daerah timur laut pulau pinang.

HFMD malaysia

Walaubagaimanapun jumlah kes direkodkan menurun sejak rabu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin berkata bilangan kes turun tiga hari berturut-turut.

“Kami merekodkan 78 kes pada hari Rabu, diikuti 52 dan 51 pada hari Khamis dan Jumaat.

“Bagaimanapun jumlah kes terkumpul masih tinggi pada 2,341 setakat ini tahun ini berbanding 1,099 kes pada 2017 dalam tempoh yang sama,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Dr Afif berkata 30 premis masih ditutup sejak wabak awal bulan ini, yang terdiri daripada 10 tadika, tujuh taska, enam sekolah rendah, enam prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Sekolah-sekolah masih ditutup ialah SK Sungai Bakap, SJKC Sum Min 1, SK Saujana Indah, SJKC Moh Ghee Pusat, SJKC Beng Teik dan SJKC Kwang Hwa.

Kata Dr Afif lagi, “Sembilan mangsa masih menjalani rawatan di hospital,”

Mengulas mengenai penyebaran kematian  disebabkan HFMD dalam media sosial, Dr Afif memberitahu wartawan tidak ada pengesahan seperti itu dan masih menunggu kajian kematian oleh Jabatan Kesihatan.

punca hfmd virus

Bagaimana cara untuk mengawal jangkitan HFMD dari merebak?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mengingatkan orang ramai supaya menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Hal ini kerana virus HFMD berkait rapat dengan amalam kebersihan diri  dan persekitaran dimana HFMD senang merebak di tempat awam yang sesak dan mutu kebersihan yang rendah.

Disamping itu, KKM juga menggesa supaya pengurus pusat jagaan kanak-kanak menjalankan aktiviti pembersihan dan saringan kepada kanak-kanak di bawah seliaan mereka seperti mana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM

Sumber: TheStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here