Home HIBURAN 10 Tempat Menarik di Penang Yang Mungkin Korang Tak Pernah Sampai

10 Tempat Menarik di Penang Yang Mungkin Korang Tak Pernah Sampai

392
0
SHARE

Pernahkah anda pergi melancong ke Pulau Penang? Tahukah anda Negeri Pulau Pinang sangat terkenal dengan destinasi percutian yang amat MENGUJAKAN. Bahkan Pulau Penang bukan hanya dikunjungi  pendudukan tempat malah dari luar negara juga. Destinasi dan menu makanan yang menarik menjadi kegilaan setiap yang berkunjung ke sana. Jom kita lihat antara tempat menari di pulau penang yang popular dan terbaik untuk dikunjungi bila anda singgah ke sana.

  1. Escape Theme Park Penang

Untuk anda yang menggemari aktiviti fizikal yang mencabar,  di sini adalah tempat yang amat sesuai. Escape Theme Park yang terletak tidak jauh dari kawasan peranginan Batu Feringgi. Mereka yang berminat untuk memanjat di tempat yang tinggi selain mampu menghilangkan rasa gayat lokasi ini menyediakan banyak permainan seperti flying fox, meniti titian tangga tinggi, gelongsor tayar dan banyak lagi.

2. The Habitat Penang Hill

Kesibukkan dengan kerja yang begitu banyak di bandar tentulah membosankan. Oleh itu, The Habitat Penang Hill yang terletak di Bukit Bendera Penang adalah sesuai untuk anda apalagi bagi mereka yang gemar dengan alam semulajadi. Antara tempat yang anda boleh kunjungi ialah tree top walk, butterfly bank, grafrant garden dan sebagainya yang pasti memberi kepuasan dan kelegaan buat anda.

3. Taman Rama-Rama Penang By Entopia

Lanskap taman rama-rama ini yang sangat menarik sudah pasti menarik hati setiap pengunjung yang datang ke sana. Taman rama-rama yang mempunyai pelbagai spesis serangga yang cantik dan mungkin belum pernah anda temukan sudah pasti memberi kegemberiaan untuk anda dan keluarga apabila melihat rama-rama yang cantik bertebangan memenuhi taman itu. Selain itu, infografik dan video juga boleh didapati di taman tersebut untuk memberi lebih ilmu pengetahuan kepada pengunjung.

4. Phantamania Magic World Penang

Sekiranya anda ke Penang, destinasi ini adalah tempat yang patut anda kunjungi. Tarikan di sini yang menarik dan unik seperti kejutan untuk seseorang dengan melakukan silap mata oleh pakar sememangnya menjadi tumpuan untuk pasangan suami isteri. Di situ juga adanya mural 3D dan 5D magic trick art yang akan membuat anda begitu teruja.

5. Design Village Penang

Kalau berkunjung ke Penang, tidak sah jika anda tidak membawa pasangan membeli belah ke DVP, di Batu Kawan. Outlet mall yang pertama ini terkenal dengan menjual pelbagai jenis barangan mewah dan branded sudah pasti menjadi keseronakkan pengunjung terutama buat para wanita. Bangunan ini berkonsepkan moden yang memiliki binaan yang sangat luas dan pasti memenatkan untuk anda berjalan satu mall itu.

6. Taman Negara Pulau Pinang

Bagi anda yang datang bercuti ke Pulau Pinang, Taman Negera sesuai untuk dijadikan senarai kunjungan. Dengan adanya aktiviti jungle trekking, berkhemah, berenang dan melihat hutan anda dapat memenuhi masa anda di sini dengan baik. Tambahan pula dengan adanya empangan air yang sangat tinggi dan pemandangan air terjun yang sangat memukau.

7. Adventure Zone Di Golden Sand Resort

Taman Permainan indoor ini amat menarik untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Pelbagai jenis permainan yang boleh anda dapati di sana malahan permainan gelongsornya yang sangat tinggi tentunya membuat sesiapa saja teruja untuk bermain di situ.

8. Pasar malam Batu Feringgi

Untuk mereka yang ingin mencari cenderahati seperti pakaian, keychain, kraftangan dan banyak lagi sememangnya pasar malam Batu Feringgi adalah tempat yang perlu anda datangi. Sebuah malam yang tidak kurang luasnya terletak tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungoh. Dengan harga yang berpatutan anda bolehlah membeli belah dan makan- makan juga.

9. Gurney Drive (Persiaran Gurney)

Gurney Drive adalah destinasi makan-makan yang popular di di sini seperti rojak, pasembur dan lain-lain. Anda boleh menikmati pelbagai makanan yang lazat sambil santai di tepi pantai. Tibanya waktu malam suasana di sini amat meriah dengan kehadiran penjaja dan pengunjung.

10. Feri Pulau Pinang ( Rapid Feri )

Antara pengalaman yang menyeronakkan percutian anda adalah antaranya menaiki feri di Pulau Pinang yang merupakan feri tertua di Malaysia. Perjalanan feri ini ialah dari Butterworth ke pulau perlu bayar dan jika pulang ke Butterwoth dari pulau, tambang feri tidak dikenakan. Sememangnya murah bukan?

 

 

 

Semoga dengan perkongsian tempat-tempat menarik di Penang ini memberi anda gambaran dan keterujaan untuk tidak melengahkan masa bercuti ke Penang. Rancanglah percutian anda dengan sebaiknya agar perjalanan semasa di destinasi adalah menyeronokkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here