Home PENJAGAAN RUMAH Tanda Suami Bosan Dengan Istri yang Perlu Diberi Perhatian. Jaga-jaga!

Tanda Suami Bosan Dengan Istri yang Perlu Diberi Perhatian. Jaga-jaga!

198
0
SHARE

Andai dapat kau dengarkan hati ini

Dilanda sepi tiada Berlagu

Dulu tenang dan dilayari kasihmu

Kini dilanda gelora tak menentu.

Sampai bila harus begini?

Dalam ikatan tanpa rasa yang sama

Terus terluka dan dilukai….

Dalam melayari alam rumah tangga tipulah kalau tak pernah berlaku perselisihan, bergaduh, tak puas hati dengan pasangan dan sebagainya. Semua itu merupakan asam garam dalam kehidup suami isteri umpama laut yang tak selalu tenang tanpa gelora kan.

Untuk melayari rumah tangga yang kekal dan bahagia bukanlah perkara yang mudah. Semuanya memerlukan pengorbanan, kesabaran dan ketabahan. Baiklah di sini min bakal kongsikan kepada anda tentang Tanda Suami Bosan Dengan Istri 

Tanda Suami Bosan Dengan Istri yang Perlu Diberi Perhatian. Jaga-jaga!

1) LEKA DENGAN ‘HANDPHONE’

Kalau mula-mula kahwin dulu semuanya yang indah kan? Masa terluang banyak dihabiskan bersama pasangan, gelak ketawa, suka ria malahan kedukaan pun dikongsi bersama. Kalau dulu handphone tu pun letak tepi sebab nak luangkan masa bersama isteri tersayang.

Tapi lama kelamaan sikap sang suami pun semakin berubah. Asyik melayan handphone seakan si dia dan handphone tak boleh dipisahkan. Bila tengok handphone terus gelak ketawa. Kadang bila pasangan ada di sisi pun tidak dipedulikan lagi. Apa mungkin bahan yang ada dalam handphone lebih menyeronokkan berbanding isteri sendiri. Keadaan berterusan ini menyebabkan suami bosan dengan isteri.

2) SENTIASA MENGELAK

kredit photo: lelaki sihat

Tanda suami bosan dengan istri antaranya sentiasa mengelak terutama untuk meluangkan masa bersama. Si dia lebih selesa untuk berjauhan daripada isteri malahan tidak ingin diganggu dengan pasangan. Keadaan ini wujud kerana suami tidak lagi gemar untuk bersama-sama dengan isteri dan mungkin ada benda yang lebih menyeronokkan di luar sana.

3) KURANG MEMBERI RESPONS

Berbeza bila mula membina rumah tangga dulu, pasangan amat mudah dalam memberi respons malah membantu isteri membuat keputusan dan memberi cadangan untuknya. Namun kini suami mula menunjukkan respon yang kabur, tidak lagi memberi tumpuan buat isteri dan kurang untuk memulakan perbualan.

Suami juga akan kurang memberi cadangan untuk meluangkan masa berdua apalagi untuk mengajak keluar dating pastinya di pandang acuh tak acuh saja. “Saya penatlah lain kali ye”. Begitulah respons bila si isteri mengajak keluar.

Hakikatnya anda perlu memandang ini dengan serius dan melakukan sesuatu kerana tahap ini mungkin kerana tanda suami bosan dengan isteri.

4) LEBIH PENTINGKAN RAKAN-RAKAN

Salah satu tanda suami bosan dengan isteri ialah si dia mula mementingkan rakan-rakan dan pasangan tidak lagi menjadi keutamaan. Mungkin dulu asyik melayan isteri tanpa jemu tapi kini pantang kawan ajak keluar terus on je tak kira lewat malam pun demi kawan kan tanpa hiraukan isteri lagi.

Bila hari minggu pula sepatutnya diluangkan bersama isteri dan keluarga tapi sekarang dah beralih arah kepada rakan-rakan. Bila isteri minta tolong atau ajak keluar mulah bagi alasan “ada hal dengan kawan”. Jika keadaan ini berlaku anda harus lakukan sesuatu kerana tanda suami mulai bosan dengan anda.

5) SUAMI TIBA-TIBA ‘WORKAHOLIC’

Tanda suami bosan dengan isteri apabila dia terlampau mementingkan kerja dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja hingga tiada lagi masa untuk isteri. Suami yang dulunya terus pulang ke rumah bila habis waktu kerja tapi kini kebiasaan itu merubah kepada gemar menguruskan urusan kerja dan kebih suka habiskan masanya dengan kerja. Sikap ini berubah berkemungkinan suami tidak mahu diganggu dan mulai bosan dengan isteri.

6) MUDAH MENUNJUKKAN SIKAP DINGIN

kredit photo: lelaki sihat

Suami mula bersikap pemarah dan baran walaupun untuk perkara yang kecil. Tidak lagi seperti dulu seorang yang penyabar dan romantis. Walaupun dulu si isteri seorang yang pemarah dan suka membebel tapi suami tetap sabar malah sering tenangkan isterinya. Kini siia cepat berasa penat dalam melayani kerenah isteri tambahan bila isteri mula mengomel, si suami cepat menunjukkan rasa tidak selesa dan berlalu pergi.

Mulalah bertindak bila anda rasakan tanda-tanda ini mulai ada dalam diri suami anda. Carilah cara untuk menambat kembali hati si dia. Lakukanlah hal-hal yang dapat menyemai kembali cinta yang dulu agar terus bersemi. Moga artikel ini dapat membantu para isteri untuk lebih berjaga-jaga.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here