Home KECANTIKAN Petua Awet Muda Dan Cantik Berseri

Petua Awet Muda Dan Cantik Berseri

141
0
SHARE

Pasti ramai yang tertanya tanya bagaimana cara untuk tampil berseri dan sentiasa tampak lebih muda.Mari saya kongsikan petua awet muda yang boleh diamalkan.Jom lihat petua wajah berseri di bawah.

Air petua awet muda

Petua 1-Perkara pertama yang boleh dilakukan sejurus bangun tidur ialah dengan meminum segelas air air suam.Adalah lebih baik dilakukan sebelum menggosok gigi supaya kita mendapat manfaat enzim dalam mulut yang Allah hadiahkan semasa tidur.

air embun muka cantik b erseri

Petua 2-Amalkan bangun di pagi hari dan mandi dengan air embun.Bagaimana cara hendak mandi embun?Kita ambil air embun dari daun dan usap pada wajah dengan rata.Kemudian ambil lagi air embun usap di rambut dan sapu di kulit pada badan.

Urutan Wajah Petua Awet Muda

Petua 3-Melakukan urutan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak tiga kali.Ia perlu dilakukan setiap hari untuk mendapat kesan yang terbaik.

Ulam_ Petua Awet Muda

Petua 4-Memakan ulam ulaman seperti pucuk gajus,ulam raja,pegaga,kacang botol,jantung pisang,timun,petai,bendi,pucuk ubi,jering,terung pipit,rebung,peria katak dan daun pudina.Ulam ini kaya dengan vitamin c yang mana penting untuk penghasilan kolagen.Unsur kolagen inilah yang membuatkan kulit lebih elastik dan kurang kedutan.

 Potong Kuku Petua Awet Muda Dan Cantik Berseri

 

Petua 5-Memotong kuku pada hari baik iaitu hari isnin,khamis dan jumaat.Kemudian menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur.

Berenang Petua Awet Muda

Petua 6-Melakukan aktiviti senaman seperti berenang kerana ia terbukti bagus untuk kekal sihat dan awet muda.Berenang boleh meningkatkan kekuatan otot dan membina jisim tulang.Berenang juga membuatkan semua otot badan”bergerak”berbanding dengan senaman lain.Berenang bagus untuk mengelakkan masalah jantung

Selawat Wajah Cantik Berseri

Petua 7-Semasa berdandan di waktu pagi,baca selawat Nabi di kedu tapak tangan dan sapukan ke muka berserta niat di dalam hati agar dicantikkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

 Petua Awet Muda Dan Cantik Berseri
Doa Petua Wajah Berseri

Petua 8-Hafal ayat 35-38 di dalam surah al waqiah.Baca di dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama.Ia perlulah dimulakan dari kepala.

Air Masak Tips Kekal Cantik

Petua 9-Membanyakkan minum air masak sekuran kurangnya lapan gelas sehari dan mengurangkan pengambilan air manis.

Senaman Muka Petua Awet Muda

Petua 10-Melakukan senaman muka iaitu dengan mengukir senyuman manis,angkat kening dan kerutkan dahi.Kemudian pejamkan mata serapat rapatnya sehingga terangkat hidung dan senyum sambil menunjukkan gigi .Ulang 10 hingga 15 kali setiap hari.Ia dapat melancarkan perjalanan darah dan kuatkan otot pada bahagian muka.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here