Home BISNES Part Time Job Income Lumayan dan Boleh Dipercayai

Part Time Job Income Lumayan dan Boleh Dipercayai

152
0
SHARE

Salam Sejahtera untuk pembaca sekalian. Pada coretan kali ini admin akan kongsikan berkenaan Part Time Job yang mudah dan boleh dipercayai. Kalau kita lihat dengan situasi ekonomi negara hari ini, rata-rata rakyat Malaysia akan berkata mempunyai satu pekerjaan saja tidak mencukupi apalagi untuk yang telah berkeluarga. Iya bukan?

Bagi menampung keperluan harian yang semakin meningkat hari ke hari sudah pasti kita memerlukan Part Time JobOleh itu min telah menyenaraikan beberapa pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Part Time Job yang Mudah dan Boleh Dipercayai

1.MENULIS BLOG

Untuk anda yang minat dalam bidang penulisan, anda boleh ceburi dalam dunia blogger kerana ia akan mendatangkan pendapatan sampingan yang agak baik. Mulakan dengan mencari idea dan ilham apakah artikel yang mahu anda tuliskan.

Untuk menjadi seorang penulis blog, anda perlu sentiasa menulis, konsisten dan fokus untuk mendapatkan artikel yang berkualiti.

2.MENAWARKAN PERKHIDMATAN ANDA MELALUI ONLINE

kredit photo: digital trends

Anda juga boleh membuat part time job dengan memberikan perkhidmatan berdasarkan kemahiran yang ada untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Nak tahu bagaimana? Anda boleh ke laman web fiverr.com untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi tersebut.

Melalui laman web inilah anda boleh memilih pelbagai perkhidmatan antaranya ialah servis marketing, membuat design, menulis thesis pelajar dan perkhidmatan menulis artikel juga. Antara bayaran yang untuk perkhidmatan yang dilakukan antra USD5 untuk servis asas dan USD100 ke atas adalah untuk servis yang memerlukan kemahiran tinggi.

Untuk menjalankan perkhidmatan ini anda perlu menjadi ahli web fiverr dan membuat halaman khas dengan nyatakan apa yang anda ingin jual. Apabila ada tempahan maka pihak fiverr akan memaklumkan dan anda perlu menyiapkan tugasan dan hantar pada pelanggan dari itu anda akan mendapatkan bayaran.

3.Perkhidmatan Transcribe Video Kepada Artikel

Anda perlu melayari laman web upwork.com untuk menjana pendapatan dengan servis ini. Anda perlu menaip semula setiap patah perkataan yang dituturkan dalam video yang diberikan pada anda. Video yang perlu anda transcribe berkaitan dengan bidang Electrical Engineering. Kadar upah yang diberikan ialah USD12. Untuk melaksanakan tugasan ini anda perlu mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama.

4.Perkhidmatan transribe audio  recording dalam bentuk artikel 

Kerja ini agak sama dengan servis menaip patah perkataan video yang min terangkan di atas tadi. Anda perlu menaip rakaman suara dari sesi perbualan telefon, ceramah, interview dan lain-lain. Kadar bayaran pula bergantung pada waktu anda bekerja iaitu USD9.23 untuk sejam.

Harapan min adalah semoga penulisan kali ini memberi ruang dan membuka peluang pada pembaca untuk melihat dan menilai setiap pekerjaan yang dapat mendatangkan income yang menarik untuk anda.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here