Home KECANTIKAN Manfaat dan Cara Sebenar Membuat Masker Putih Telur yang Ramai Tidak Tahu

Manfaat dan Cara Sebenar Membuat Masker Putih Telur yang Ramai Tidak Tahu

414
0
SHARE

Untuk kelihatan cantik dan menawan semua orang akan mengunakkan pelbagai produk termasuklah menjadikan masker sebagai salah satu cara. Tahukah anda bahawa Masker Putih Telur adalah antara masker yang terbaik dan diyakini ramai sebagai cara untuk memutihkan, menghaluskan dan menyegarkan kulit wajah si pemakainya.

Oleh sebab itu, masker putih telur menjadi masker kegemaran ramai orang kerana manfaat dan kebaikan yang terdapat dalamnya. Paling penting masker putih telur tidak mengandungi kesan negatif yang boleh membahayakan muka dan tidak akan merosakkan kecantikan sedia ada.

Masker ini juga mudah untuk didapati dan murah, anda mampu membeli dengan hanya RM 0.50 Sen sebiji telur ayam. Murah dan berbaloi kan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik?

Cara Membuat Masker Putih Telur

1) Masker Putih Telur dan Madu 

Manfaat dan Cara Sebenar Membuat Masker Putih Telur - Masker Putih telur dengan madu

Cara yang terbaik untuk mengatasi kulit wajah yang berminyak adalah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan madu. Madu juga mempunyai antiseptik yang mampu melindungi wajah untuk terhindar dari jerawat.

Cara untuk membuat masker ini ialah, bersihkan wajah anda mengunakan air suam untuk membuka pori-pori pada wajah. Seterusnya, campurkan putih telur dengan 1 sudu besar madu kemudian kacau campuran itu. Sapukan pada wajah dan leher sehingga rata dan biarkan selama 1-2 jam. Lalu cuci wajah anda dengan air dingin untuk menutup poripori pada wajah.

2) Masker Putih Telur dengan Lemon

Manfaat dan Cara Sebenar Membuat Masker Putih Telur yang Ramai Tidak Tahu- Masker putih telur campuran lemon
kredit photo: tampil cantik

Tahukah anda lemon merupakan bahan yang banyak digunakan bagi merawat kecantikan wajah. Masker putih telur dengan campuran lemon banyak memberi manfaat iaitu mampu menghaluskan wajah dan menghapuskan sel kulit mati dan kesan jerawat di wajah anda. Caranya ialah sediakan 1 biji telur ayam dan ambil bahagian putihnya lalu masukkan 1 sudu besar air perahan lemon. Kemudian, kacau campuran tersebut dan sapukan pada wajah dan leher. Biarkan selama 1 jam lalu bersihkan wajah dengan air.

3) Masker Putih Telur Tanpa Campuran

Manfaat dan Cara Sebenar Membuat Masker Putih Telur - tanpa campuran
kredit photo: tampil cantik

Masker Putih Telur Tanpa Campuran sangat sesuai digunakan untuk anda yang mengimpikan kulit wajah yang putih. Caranya ialah, dengan mengambil telur ayam dan asingkan putih telur dan letakkan dalam bekas. kemudian kacau sehingga ia berbentuk pasta. Sapukan topeng putih telur itu pada muka dan biarkan selama 1-2 jam kemudian bersihkan dengan air.

4) Masker Putih Telur dan Mentimun

Manfaat dan Cara Sebenar Membuat Masker Putih Telur - Masker putih telur campuran mentimun
kredit photo: Youtube

Untuk menjadikan kulit wajah semakin cerah dan berseri, anda boleh menggunakan masker putih telur dengan campuran mentimun. Caranya amat mudah. Bersihkan timun lalu parut hingga halus,campurkan putih telur dengan timun yang sudah diparut lalu kacau hingga sekata. Sapukan pada seluruh wajah dan leher anda. Biarkan selama 30 minit dan bersihkan wajah dengan air. Senang kan?

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here