Home PETUA Tips Dan Cara Mendidik Anak Secara Efektif

Tips Dan Cara Mendidik Anak Secara Efektif

122
0
SHARE

Nabi Muhammad s.a.w Mengingatkan kita setiap yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan bersih.Ia tertakluk kepada ibu bapanya untuk menentukan anak itu menjadi pengikut yahudi,majusi atau nasrani.Sebagaimana seekor binatang akan melahirkan seekor anak yang lengkap di mana kita tidak akan mendapati ia akan kecacatan pada tubuh badannya.Jadi disebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menunjukkan besar peranan di dalam rumah itu melebihi daripada pengaruh luar.Jadi ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak anak.Mari saya kongsikan cara untuk mendidik anak dari sejak kecil lagi.

tips mendidik anak
http://abufarras.blogspot.com

1.Memberi nama panggilan yang mempunyai maksud yang baik

Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibu bapa dalam memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru lahir.Dari Abu Darda,ia berkata:Rasulullah bersabda”Sesungguhnya kamu sekalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan namamu dan nama ayahmu,maka baguskanlah nama kalian”.

pukul_cara mendidik anak
http://blog.debusana.com

2.Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak

Tidak boleh menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak kerana ia akan membuatkan anak akan bertambah degil dan tidak mendengar cakap kita.Seeloknya pukul anak di telapak kakinya kerana secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan meransang bahagian otak.

jangan ajar anak berbohong
http://malaysiasepekan.blogspot.com

3.Jangan ajar anak berbohong

Ramai ibu bapa dalam diam mengajar anakknya berbohong.Bagaimana cara ibu mengajar anak berbohong tanpa disedarinya.Contoh apabila anak-anak bertanya sesuatu yang ibu bapa tidak tahu tetapi enggan menunjukkan kejahilan, maka ibu bapa memberikan jawapan yang tidak betul dan palsu.Selain itu,ibu bapa juga kerap berbohong ketika mereka berjanji bagi menghargai atau memujuk anaknya, tetapi lupa dengan janjinya. Sedangkan anak-anak tidak pernah melupakan janji kedua-dua ibu bapa mereka.Jadi ibu bapa harus ubah tabiat begini dan cubalah bercakap benar dengan anak.

tidak menuruti segala kemahuan anak
bagikandakwah.blogspot.com

4.Tidak menuruti segala kemahuan anak

Walaupun kita sangat mencintai anak kita, menuruti semua keinginannya bukanlah cara mendidik anak dengan benar. Tindakan tersebut hanya akan membuat anak kita menjadi anak yang manja dan degil.Mereka akan mengamuk jika kemahuan mereka tidak dituruti.

5.Memberi Pesanan dan arahan

memberi arahan kepada anak
ningsalmah.com

Pesanan dan  arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here