Home MAKANAN Resepi Durian Crepe Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Durian Crepe Yang Mudah Dan Sedap

219
0
SHARE
Di Malaysia sekarang ini adalah musim durian dan durian dijual dengan harga yang murah berbanding dengan tahun lepas.Durian boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat cucur durian,pengat durian,serawa durian,pulut durian dan ia juga boleh dibuat durian crepe.Harga durian crepe yang telah siap harganya agak mahal.Apa kata kita buat sendiri durian crepe di rumah.Selain dari jimat ia dijamin kebersihannya berbanding dengan durian crepe yang dijual di kedai.Bagaimana cara untuk membuat durian crepe yea?Mari saya tunjukkan cara membuat durian crepe yang sedap dan mudah.
durian crepe sedap

 

Kulit/crepe (100 keping ++ keping )

3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung ubi kayu
3 sudu besar tepung kastard
4 1/2 sudu besar tepung hong kong
sedikit garam
4 sudu besar gula icing
5 biji telur saiz B
5 sudu besar minyak
2 setengah cawan air
1 cawan 1/2 cawan susu segar
sedikit esen vanila
beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je yea.

Filling Kastard + Durian
isi durian hancur2 kan

Filling Whipping Cream

500gm whipping cream vivo(mix sehingga kental)
campur kan isi durian sikit dan kacau rata.simpan peti chiller dulu

Untuk kulit

1. Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak terlebih dahulu.
2. Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur whisk sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan je ye.Kemudian tapis adunan tersebut.
3. Panaskan non stick pan saiz kecil kalau tiada boleh guna pan biasa disapu butter sikit dengan api sederhana.
Sapu sikit pan dgn butter ( guna tisu pon boleh).Apabila pan dah panas,masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan.
Kemudian letak atas dapur 2 hingga 3 minit.Jangan lama sebab nanti hangus kulitnya.Tidak perlu terbalikkan sebab ia nipis mudah sangat masaknya.
4.Ulangi smpai adunan habis.

resepi durian crepe

Cara melipat durian crepe

pilih bahagian yang kasar di dalam.
Letakkan cream dan isi durian kemudian letak cream lagi dan lipat.

 

durian crepe yang lazat

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here