Home PENULISAN Doa Agar Wajah Cantik Seperti Bidadari Yang Ramai Tidak Tahu

Doa Agar Wajah Cantik Seperti Bidadari Yang Ramai Tidak Tahu

112
0
SHARE

Pergi perigi membawa baldi,

Mengambil air buat bersiram,

Wajah cantik bagai bidadari,

Tenang dan damai menjadi tatapan.

Menginginkan wajah yang cantik, berseri dan indah tentunya menjadi dambaan setiap insan terutama para wanita. Tentunya ramai yang sanggup berhabisan duit untuk membeli pelbagai produk untuk mencantikkan wajah. Hari ini admin akan kongsikan doa agar wajah cantik seperti bidadari yang ramai tidak tahu

Manfaat dan kelebihan dua ayat surah yusuf dan taha banyak dibicarakan kerana sememangnya Al-Quran adalah kurniaan dari ALLAH SWT untuk kita sebagai umatnya supaya meramal dengan cara yang betul.

Ramai diantara kita mempersoalkan tentang jodoh yang lambat, perselisihan faham dalam perhubungan suami isteri, hubungan dalam keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, sebaiknya jadikan potongan ayat-ayat di bawah sebagai amalan harian anda.

Surah Thaha Ayat 39:

SURAH YUSUF AYAT 4:

Kelebihan surah Yusof ayat 4 ialah elok diamalkan apabila kita berurusan dengan orang ataupun dalam urusan pekerjaan. Antara kelebihan surah ini ialah manis apabila dipandang orang lain, sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja dan wajah menjadi berseri -seri.

Kedua ayat yang min kongsikan di atas telah dikatakan memiliki banyak manfaat antaranya mampu menjadikan wajah tampak cantik dan lebih berseri.

Cara untuk mengamalkannya ialah membaca potongan ayat di atas selepas mengambil wuduk dan setelah mandi. Lalu tiupkan pada kedua tapak tangan dan sapukan pada wajah anda. Lakukan dengan penuh keikhlasan dan rendah hati, insyaallah ia dapat menampakkan wajah yang cantik dan berseri. Selain itu, selepas solat wajib, bacakan dua potongan ayat ini sebanyak 3 kali lalu tiupkan pada tapak tangan dan sapu pada muka. Jika dilakukan dengan benar, wajah anda akan terlihat lebih mempersonakan sesiapa yang memandang.

Ayat-ayat ini juga merupakan ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan antara orang-orang terdekat ataupun sesiapa saja yang kita kehendaki. Tetapi harus di ingatkan bahawa tidak menyalahgunakan ayat ini untuk kepentingan diri sendiri kerana hanya dengan keikhlasan dan niat yang benar, Allah akan permudahkan urusan kita.

Sekian saja perkongsian admin hari ini. Semoga bermanfaat buat kita semua.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here