Home PENJAGAAN RUMAH Cara Mudah Mencuci Sinki Dapur Tersumbat

Cara Mudah Mencuci Sinki Dapur Tersumbat

180
0
SHARE
Kredit Foto: Shutterstock.com

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Pasti ramai diantara korang pernah mengalami masalah sinki dapur yang tersumbat. Kan?

Hal ini adalah kerana ia berpunca daripada sisa makanan atau pun sisa minyak seterusnya boleh menyebabkan saluran air tidak dapat berfungsi dengan baik.

Saluran air ni kena senantiasa di pantau, kalau ada lebihan sisa – sisa senang sangat boleh tersumbat.

Tidak perlu nak baiki apa apa. Korang hanya perlu ikut petua yang admin sediakan ini.

Cara mudah untuk mengatasi masalah sinki tersumbat:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Sedikit Cuka
  2. Sedikit Baking Soda
  3. Air
  4. Serbuk Pencuci (ada lagi ngam, kalau tiada tak mengapa)

Cara- cara nya :

  1. Tuang baking soda ke dalam sinki dan biarkan untuk seketika.
  2.  Sambil menunggu tu korang masak air dan masukkan cuka.
  3. Apabila mendidih, tutup api dan tuangkan ke dalam sinki tu tadi.
  4.  Gosok kotoran yang ada.
  5. Korang boleh tambahkan serbuk pencuci supaya bau wangi.

Kemudian buka pili air besar dan biarkan air lalu untuk cuci saluran sinki yang sudah tertanggal kotorannya.

Ok, siap.. Senang bukan?

Diharapkan petua ini dapat mengatasi masalah saluran sinki tersumbat.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share kepada rakan-rakan korang tau.

Sekian, terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here