Home KESIHATAN Cara Hilangkan Batuk dengan Mudah dan Cepat Berkesan

Cara Hilangkan Batuk dengan Mudah dan Cepat Berkesan

89
0
SHARE

Batuk merupakan sejenis bakteria yang akan dialami oleh sesiapa saja. Batuk yang datang menjengah mestinya membuat kita tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian dengan baik. Banyak punca yang menyebabkan batuk terjadi antaranya, kerana alahan, asma, merokok, penyakit paru-paru, terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia, tekanan dan penyakit virus seperti influenza dan selsema.

Cara Hilangkan Batuk dengan Mudah dan Cepat Berkesan

1. MANDI DENGAN AIR PANAS

Mandi menggunakan air mendatangkan banyak manfaat untuk perawatan sebegitu juga untuk mengurangkan batuk anda. Ini dapat menjadi terapi yang baik buat anda kerana dengan air panas menyebabkan kitaran darah kita akan kembali optimum dan saluran pernafasan akan berkembang.

2.TEH DAN MADU

Minuman teh telah diyakini ramai bukan hanya di tempatan malah luar negara juga. Dengan meminum teh dapat memulihkan sakit tekak dan batuk secara efektif. Tambahkan madu ke dalam minuman teh sebagai ganti pada gula.

3.MENTHOL

Minyak sapu yang mengandungi menthol mampu membuka  ruang nafas dan meredakan batuk anda seperti Vicks sememangnya seringkali digunakan kerana ia mudah didapati di kedai-kedai runcit atau farmasi.

6.TAMBAHKAN BANTAL KETIKA TIDUR

Sudah pasti waktu tidur akan terganggu dan sukar untuk lelapkan mata bila batuk menjelma tiba kan? Cuba atasinya dengan tambahkan bilangan bantal ketika tidur supaya kepala akan lebih tinggi daripada badan dan kotoran yang melekat di tekak dan hidung akan hilang.

7.AIR

Kekurangan air dalam badan menyebabkan batuk kerap berlaku pada kita. Jadi, dengan meminum air secukupnya setiap hari akan membantu peredaran darah dan membuang toksin yang ada dalam badan melalui air kecing anda. Namun elakkan meminum air yang mengandungi ais, berperisa atau air manis.

8.SUP AYAM

kredit: food.detik.com

Menurut kajian sup ayam telah terbukti berkesan untuk merawat batuk kerana di dalam sup ayam terdapatnya ciri anti-inflamasi yang ada dalam kebanyakkan ubat batuk yang anda minum dan ia juga boleh mencairkan kotoran yang berada di tekak anda.

9.COKLAT

Pernah anda ketahui yang di dalam coklat mengandungi theobromine yang dapat memberi tekanan pada saraf vagus dan saraf ini bertindak menghasilkan reaksi batuk pada badan kita. Minuman coklat panas memang elok bagi menghilangkan batuk anda.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat untuk para pembaca sekalian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here