Home BISNES Buat Duit Dengan Handphone yang Korang Tak Pernah Tahu.. Cara Amat Mudah...

Buat Duit Dengan Handphone yang Korang Tak Pernah Tahu.. Cara Amat Mudah dan Menguntungkan!

210
0
SHARE

Dalam dunia kini yang serba moden dengan teknologi, rata- rata antara kita tentu sudah memiliki handphone untuk memudahkan perhubungan dan komunikasi dengan satu dunia. Tapi apakah anda tahu dengan handphone anda dapat menjana pendapatan? Pernahkah anda menggunakan handphone sebagai alat untuk membuat duit?

Di sini admin akan kongsikan serba sedikit berkenaan aplikasi yang akan menjana pendapatan buat anda.

1.CLASHOT

kredit photo: infosantai.com

Shoot, publish and sell your photos instantly“. Clashot ialah antara aplikasi yang dapat menjana duit iaitu dengan memasukkan gambar-gambar menarik dan anda boleh menjualnya. Jadi untuk anda seorang fotographer atau sesiapa saja yang berminat tentu dapat menghasilkan duit dengan Clashot.

Anda akan dibayar dengan harga $0.50 – $80 sekali. Menarik bukan? Selain itu, gambar-gambar yangg anda masukkan akan dipaparkan di Depositphotos, iaitu bank foto yang terbesar di dunia.

Namun begitu, anda hanya boleh membuat pengeluaran apabila baki akaun melebihi $50.

2.WHAFF

Whaff ialah aplikasi yang memerlukan anda mencuba setiap aplikasi seperti permainan, menonton video dan melakukan survey. Anda hanya perlu install, main dan simpan. Apa yang menariknya WHAFF ini ialah anda hanya perlu berhibur dengan aplikasi yang tersedia dan anda dibayar. Untuk mendapat bonus, anda perlu login pada setiap hari dan kenalkan ia kepada rakan-rakan untuk mendapatkan lebih bonus.

Tapi perlu dingatkan bahawa jika anda ingin menggunakan aplikasi ini pastikan anda menggunakan WIFI kerana melibatkan muat-turun yang banyak. Sesudah anda mendapatkan ganjaran, unistall ataupun pindah aplikasi ke memory card kerana melibatkan Storage Handphone mungkin penuh.

3.APPTRAILES

Anda seorang yang gemar menonton dan membuat video? Maka aplikasi Apptrailes amat sesuai sebagai cara dapatkan duit. Caranya anda perlu luangkan masa untuk melihat video yang disediakan antaranya video pengiklanan untuk aplikasi yang baru. Anda juga boleh memuat naik video menarik dan kongsikan untuk mendapatkan likes.

Anda boleh mengumpul point yang diberikan untuk pembelian barang online atau tukarkan dalam bentuk wang yang akan dimasukkan dalam akaun paypal. Apa yang lebih menarik bila anda memperkenalkan aplikasi ini kepada rakan anda akan mendapatkan bonus dengan menggunakan referal username anda.

4.MINTCOINS

kredit photo: Techviral

Anda akan dibayar dengan Mitcoins apabila anda melakukan syarat-syarat seperti muat turun aplikasi, melihat video dan mengikuti survey yang diberikan. Mintcoins merupakan syarikat pengiklanan yang berkongsi bayaran dengan anda dan bayaran berbeza mengikut syarikat-syarikat tersebut.

Aplikasi ini berbeza dari yang lain kerana dengan hanya usd 1, anda boleh mengeluarkan wang terus ke akaun paypal. Banyak aplikasi menarik menjadi tawaran yang mungkin tak pernah anda fikirkan.

Selamat mencuba aplikasi-aplikasi yang telah admin cadangkan ini. Dengan ekonomi negara yang semakin meningkat naik, eloklah anda gunakan handphone untuk menjana pendapatan sampingan. Semoga ia bermanfaat buat anda sebagai cara dapatkan duti dengan handphone.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here