Home PENULISAN Amalan Dan Zikir Untuk Murah Rezeki

Amalan Dan Zikir Untuk Murah Rezeki

205
0
SHARE

Pada zaman sekarang dengan taraf hidup semakin tinggi pasti ramai yang mengalami masalah kewangan.Betul kan?Bagaimana cara untuk kita menjemput rezeki agar rezeki kita berlimpah ruah?Apakah amalan yang harus kita lakukan?Mari saya kongsikan tips dan amalan yang kita dapat lakukan agar rezeki kita bertambah dan mengalir deras seperti air sungai yang mengalir.

Antara amalan yang dapat kita amalkan adalah:

zikir murah rezeki
www.goriau.com

1.Membanyakkan istighfar

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah yang maha Esa.Rasulullah bersabda”Sesungguhnya seorang hamba yang tertahan rezekinya adalah kerana dosa yang dilakukannya.Kita digalakkan beristighfar sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.

amalan murah rezeki
http://www.raikankasih.com

 

2.Melakukan solat sunat dhuha

Solat sunat dhuha dilakukan pada waktu tengahari sedang naik iaitu 28 minit selepas waktu syuruk.Solat ini boleh dilakukan sekurang kurangnya dua rakaat seginggalah 12 rakaa tetapi yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah lapan rakaat.Nabi bersabda”Allah berfirman wahai anak Adam,jangan sesekali engkau malas mengerjakan empat rakaat permulaan siang(Solat Dhuha)nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sehingga petang hari.

3.Sentiasa Bersedekah

Sedekah adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan ikhlas.Sedekah boleh diberi dalam bentuk wang,makanan,pakaian,barangan,tenaga dan sumbangan idea.Allah akan melipat gandakan rezeki jika kita memberi kepada orang lain.Sabda Rasulullah”Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah,bertambah dan bertambah.

4.Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

tips murah rezeki
berdakwah.net

Ibu bapa adalah insan yang terpenting dalam hidup kita.Mereka yang mengandungkan,melahirkan,menyusukan,membesarkan,mendidik dan memberikan kita segala galanya.Dalam Hadis Riwayat Ahmad ada menyebut”Sesiapa yang ingin panjang umur dan mendapat rezeki yang melimpah ruah hendaklah dia berbakti kepada orang tuanya dan menyambung tali persaudaraan.Justeru itu,dengan berbakti kepada ibu bapa kita Allah akan murahkan rezeki kita.

tips murah rezeki
http://noktah-bidayah.blogspot.com

5.Berpagi-pagi

Selepas solat subuh kita tidak digalakkan tidur semula kerana dikatakan rezeki payah masuk.Menurut Rasulullah s.a.w,berpagi pagi iaitu memulakan aktiviti harian sebaik selesai solat subuh berjemaah adalan amalan yang berkat.

amalan rzeki melimpah ruah
www.sitikhadijah.com

6.Melazimi kekal berwudhuk

Rasulullah bersabda”sentiasalah berada dalam keadaan bersih dari hadas nescaya Allah akan murahkan rezeki.

zikir murah rezeki

7.Membanyakkan membaca La Hawla Wala Quwwata

Menurut hadis riwayat At-Tabrani”Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan”La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”.

zikir pembuka rezeki

8.Amalkan zikir pembuka rezeki

Antara zikir pembuka rezeki ialah La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin.menurut hadis riwayat Abu Nu’man dan Ad Dailami barangsiapa membaca zikir ini akan menjadi keamanan dari kefakiran dan penenteraman rasa takut dalam kubur”.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here