Home BISNES Kegunaan Matawang Digital Secara Meluas

Kegunaan Matawang Digital Secara Meluas

1117
0
SHARE

Soalan ni timbul dalam fikiran saya apabila saya dapat tahu tentang Bitcoin dan matawang digital. Pada ketika itu, harga 1 Bitcoin pada paras USD1k.

Saya mula kaji. Bila dah kaji, saya tanya diri sendiri, “Kenapalahhhh benda ni aku tak jumpa pada tahun 2009 duluuu!!”

Mana taknya, pada 2009, harga 1 Bitcoin tak sampai USD1 pun! Harga 1 Bitcoin pada tahun 2009 adalah USD0. Yer, takde NILAI langsung.

Pada 2010, apabila Bitcoin dah mula didagangkan, nilai paling tinggi Bitcoin pernah capai adalah USD0.39!

Haaaa.. Hari ni 1 Bitcoin USD17,500. Mana tak sakit hati? Tapi pada awal tahun 2017, 1 Bitcoin masih pada harga USD1,000 lagi.

Tapi satu perkara yang saya tak berapa nak faham pada waktu tu, apakah kegunaan lain untuk bitcoin?

Soalan yang bermain di minda saya pada waktu tu:

  • Makcik-makcik reti guna ke?
  • Nak ‘cashout’ camna?
  • Warung burger Ramli boleh terima ke?
  • Tesco, Giant nak guna ke?
  • Boleh beli kereta ke?
  • Nilai kalau dah cecah juta-juta ada masalah nak keluarkan ke?

Dan bermacam-macam soalan lagi yang saya soal. Yelah, tak faham kan. Jadi buat-buat faham. Masa tu tak tahu lagi tentang ‘Blockchain’ dan ‘Smart Contracts’.

Bila dah mula buat kajian, mula lah nampak istilah ‘Mining’, ‘Mining Rig’, ‘Crypto Exchanges’, ‘ICO’, dan sebagainya. Paling best website-website yang saya suspek ‘Ponzi Skim’ mengetengahkan servis ‘Cloud Mining’.

Tapi saya tak nak sentuh bab tu. Masing-masing boleh hadam dan buat kajian sendiri. Yang saya nak sentuh adalah kegunaan harian matawang digital dalam kehidupan kita seharian.

Alangkah baiknya, jika ada infrastruktur yang membolehkan gerai tepi jalan terima matawang digital, dan boleh keluarkan dari ATM dengan mudah, setuju?

Maka di situlah saya nampak peluang yang ada. Kerana, matawang digital sekarang ini memang semakin hangat dibincangkan, tetapi semuanya kearah ‘pelaburan’, ‘kaya cepat’, ‘tipu’, ‘agenda iluminati dan freemason’ dan sebagainya.

Jika kita kaji dan faham teknologi di sebalik ‘blockchain’, kita akan faham ianya adalah satu teknologi yang SANGAT HEBAT. Ia memudahkan sesiapa pun pindahkan wang dari satu ewallet ke satu ewallet, tanpa perlu ada orang tengah.

Dan ‘Smart Contract’ pula kita boleh ‘program’kan supaya matawang digital kita ada fungsi-fungsi tertentu.

Sebagai contoh, untuk matawang khusus untuk EcoSystem ECommerce, kita boleh ‘program’kan jika pembekal tak dapat nak buat penghantaran dan ‘cancel’ order, duit yang dibayar oleh pembeli terus dipulangkan tanpa perlu login ke internet banking.

Selesai banyak masalah macam tu kan??

Jadi sebenarnya, banyak kegunaan ‘real-world’ yang sudah boleh mula terima matawang digital. Persoalannya, bagaimana? 😀

Jawapan tu saya kongsi pada artikel seterusnya. 🙂

SHARE
CEO, Yureka Studios Pte Ltd. Team Lead, BTQ Eco System, Cashless Payment EcoSystem. Blockchain Startup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here