Demam biasanya bermaksud badan anda sedang melawan sesuatu benda yang asing (seperti jangkitan-jangkitan pathogen). Ubat yang paling utama adalah berehat secukupnya.
Tetapi, kalau selalu demam, mungkin sistem imun badan anda lemah. Ini boleh berlaku kerana kekurangan beberapa komponen daripada pemakanan anda. Apa kata anda amalkan pemakanan yang kaya dengan beberapa nutrien ini:
Vitamin C
Vitamin C (juga dikenali sebagai asid askorbik) adalah sejenis vitamin yang sangat penting untuk sistem imun badan manusia. Jangan ingat mereka yang kena ambil vitamin C adalah daripada kalangan kanak-kanak sahaja!
Paling mudah sekali adalah memakan buah oren. Belilah sekotak dan tinggal di rumah. Jadikan buah oren sebagai snek. Dapat makan tiga biji sehari pun bagus.
Glutamin
Badan anda (terutama sekali sistem imun badan) akan menggunakan glutamin sebagai tenaga. Waktu demam biasanya menyebabkan anda tidak begitu selera untuk makan. Ini menjadikan anda kekurangan glutamin.
Glutamin adalah sejenis protein. Anda boleh makan ayam, daging, ikan, kekacang, sayur-sayuran seperti bayam, dan macam-macam lagi! Kalau tidak pun, anda boleh ambil sahaja supplemen glutamin.
Vitamin D
Vitamin D juga adalah vitamin yang sangat penting, kerana kekurangan vitamin ini boleh mendorong kepada pelbagai jenis penyakit kronik (terutamanya penyakit tiga serangkai – kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung). Vitamin D juga penting untuk mencegah daripada jangkitan virus.
Nak tahu mana nak dapat vitamin D dengan mudah? Anda kena keluar dapatkan sinaran matahari. Maksudnya, anda kena aktif dan tidak boleh selalu tidur siang! Jadi seorang yang celik mata dan keluar beriadah semasa matahari sedang naik. Kalau anda boleh keluar pada tengahari sahaja, cukup dapatkan sinar matahari tengahari selama 5-10 minit.
Saya pulak jenis yang sensitif dengan air hujan. Kalau kena hujan sikit je mesti akan demam. Biasanya kalau kat KL la. Tapi kalau kena hujan kat KL, atau kena hujan masa buat jungle tracking, tak pulak demam.
kene stanby baju hujan supaya tak basah,jungle tracking hujan rahmat udara segar, hujan kl toksin haha