Home KESIHATAN Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan?

Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan?

240
2
SHARE

 

Pernah tertanya kenapa susah sangat untuk anda turunkan berat badan? Sedangkan, dah macam-macam jenis tip diet yang anda amalkan. Berat tak turun-turun juga. Apa yang salah dalam proses kurus anda?

 

Biasanya, anda terbuat beberapa kesalahan ini. Jika anda boleh baiki kesilapan tersebut, sudah pasti anda boleh berjaya untuk kuruskan badan!

 

Anda Belum Cukup Konsisten

Anda kata anda sudah ikut diet, tetapi gagal. Cuba lihat semula masa yang anda telah habiskan betul-betul dengan diet tersebut. Tanya kepada diri anda, benarkan anda sudah konsisten dengan diet itu? Ataupun, baru cuba sedikit dah menyerah dan terus mencuba jenis diet yang lain?

 

Melompat-lompat teknik diet akan merosakkan proses kurus anda. Baru badan nak adapt dengan cara ini, anda terus lompat kepada benda lain. Anda kena bersabar sebab kurus bukan datang dalam 10 malam.

 

Anda Tak Makan Ikut Konsep Betul

Apa maksud makan ikut konsep yang betul? Maksud paling mudah adalah dengan memakan mengikut panduan pemakanan. Dengan lebih teliti, anda kena kira sekali keperluan kalori harian anda dan makan ikut keperluan tersebut. Jenis makanan kurang mempengaruhi berat badan anda. Yang penting adalah kalori yang anda ambil.

 

Untuk kuruskan badan, anda kena makan kurang kalori daripada keperluan harian. Sebab itu anda kena jadi ahli matematik semasa kurus. Kira keperluan dan kira juga pengambilan kalori harian. Ini satu ilmu yang anda kena belajar.

 

Anda Kurang Latihan Bebanan

Kurus bukannya kena berjogging selalu. Yang anda kena buat adalah latihan bebanan, seperti latihan di gym. Ini yang utama, sebab membakar lemak bermula dengan membina otot. Melalui pembinaan otot, anda tingkatkan metabolisme badan dan ini membantu pembakaran lemak mudah.

Selepas ini, pastikan anda buat latihan yang betul. Kalau berharap dengan diet sahaja memang boleh, tetapi dengan memasukkan latihan, anda mencantikkan lagi proses pembakaran lemak anda.

SHARE

Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

2 COMMENTS

  1. Great tips on weight loss. The problem is most of us, I think, is that the weight is rather consistent but the body changes shape and less muscle mass but more fat as we grow older. Don’t you think so?

  2. ada lagi satu masaalah… tulang dah memang berat… hahaha….my daughter and I diet dan exercise macam mana pun tak boleh turun… walaupun kadang kadang badan susut, berat tetap berat… so I asked a nutritionist one day and she said no need to weigh yourself.. memang balance macam tu if we tulang berat and also… when we exercise, fat becomes muscle and muscle also berat…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here