Home BISNES PERINGATAN! Facebook Akan Mula Sembunyikan Artikel Clickbait, Sensasi & Misinformatif

PERINGATAN! Facebook Akan Mula Sembunyikan Artikel Clickbait, Sensasi & Misinformatif

305
3
SHARE
new-policy-facebook

Sebagai seorang blogger, sememangnya kita semua pernah menyebarkan artikel-artikel kepada group Facebook yang berkaitan untuk menyebarkan info kita kepada lebih ramai orang.

Tetapi Facebook sudah mula untuk menyembunyikan SPAM POST dimana jika seseorang user berkongsi di dalam group-group Facebook dengan kuantiti yang tinggi dalam sehari, artikel anda akan berkemungkinan akan disembunyikan oleh FB.

Pengasas kepada Facebook, Mark Zukerberg membaritahu dia mahukan news feed orang ramai untuk menjadi news feed yang lebih informatif.

Jika anda selama ini selalu membuat post untuk clickbait, artikel sensasi dan misinformatif, ia akan meningkatkan keberangkalian post anda akan disembunyikan oleh Facebook. Ini adalah untuk memastikan bagi mengurangkan Kualiti Link Yang Rendah kepada pengguna FB yang lain.

Facebook mengatakan bahawa mereka telah menjalankan kajian dimana ada sesetengah kumpulan pengguna yang membuat rutin dengan berkongsi post yang begitu banyak dalam sehari dimana ia adalah bersifat SPAM kepada feed pengguna yang lain.

Kajian mereka juga menunjukkan dimana beberapa kumpulan pengguna yang selalu membuat perkara begini juga berkongsi Kualiti Konten yang rendah.

Polisi baru ini hanya diaplikasi kepada artikel individu dan domains.

Pages,videos,photo,check-ins or status updates yang selalu anda lakukan menggunakan medium FB tidak akan terkesan kepada polisi ini.

Polisi ini dibuat kerana Facebook inginkan newsfeed pengguna-penggunanya lebih informatif. Ini adalah antara tindakan yang mungkin suatu masa Facebook akan melawan Google dari segi pencarian konten. Dari segi berita, Facebook sudah mencapai tahap lebih pantas daripada Google.

Sementara itu, jika anda dapat lihat, Facebook juga telah membuat satu ciri baru dimana “discover tab” diwujudkan untuk Messenger untuk memudahkan pengguna mencari dan membuat hubungan kepada sesebuah jenama.

Selepas ini jika anda mahu post artikel anda di group Facebook,
ini mungkin nasihat yang baik yang boleh anda lakukan :

  1. Post sesebuah artikel yang bagus kontenya.
  2. Post kepada group yang betul-betul aktif.
  3. Tidak post kepada group facebook pada kadar yang sangat cepat. (antara satu group kepada satu group)
  4. Mungkin 3 kali sehari seperti pagi, petang dan malam untuk berlainan group.

Ia satu tindakan yang baik untuk facebook untuk memastikan mereka menjadi RAJA media sosial untuk tempoh masa yang lebih panjang.

TAHNIAH FACEBOOK!

 

SHARE

Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here