Home KESIHATAN Panduan Untuk Memulakan Gym

Panduan Untuk Memulakan Gym

196
0
SHARE

Anda berazam untuk mula bersenam di gym bagi menghilangkan lebihan berat badan dan juga membina sedikit otot supaya badan kelihatan lebih “fit”? Mujurlah anda datang ke blog yang betul, sebab kita akan lihat beberapa tip yang anda boleh guna untuk memulakan misi anda!

 

1. Daftar Masuk Dahulu

Jika anda sudah berniat untuk masuk ke gym, anda tidak perlu pikir panjang sangat. Maksudnya, jangan terlalu fikir tentang pakaian, tentang masa, tentang kawan yang boleh ikut. Terus daftar masuk sahaja ke mana-mana gym pilihan anda.

 

Kenapa? Sebab, kalau anda tangguh-tangguh dan berfikir lama, kemungkinan besar, anda tidak akan jadi untuk mendaftarkan diri, dan kemudian cita-cita anda kembali terkubur. Apabila sudah berdaftar, anda ada sebab juga untuk pergi ke gym (kalau tak pergi rugilah sebab dah bayar).

 

2. Belajar Senaman Asas

Untuk bersenam, anda mestilah berilmu. Bukannya hentam keromo sahaja kerana ia tidak akan mendatangkan hasil. Anda boleh belajar sendiri (daripada internet), belajar daripada kawan-kawan baru di gym, ataupun dapatkan sahaja khidmat personal trainer di gym tersebut.

 

Jika anda bercadang untuk dapatkan bantuan trainer, pastikan jurulatih tersebut bertauliah dan bukan sekadar menggelarkan dirinya trainer sahaja. Ini adalah untuk memastikan yang teknik diajar kepada anda adalah tepat dan bukan atas angin.

 

3. Belajar Tentang Pemakanan Seimbang

Untuk mendapatkan hasil terbaik, anda tidak perlu ikut sebarang diet khas apabila mula gym. Siapa yang mengajar anda untuk makan itu ini dan untuk tidak makan itu ini (selain daripada seorang dietician dan nutritionist), mereka tidak mengajar anda konsep pemakanan dengan betul.

 

Dalam pemakanan, anda kena paham apa itu:

  1. Kalori
  2. Surplus
  3. Defisit
  4. Makronutrient
  5. BMR
  6. DCR

 

Anda boleh Google sahaja terma-terma ini untuk sedikit-sebanyak tentang asas pemakanan. Ataupun, anda boleh tunggu sikit lagi sehingga admin sendiri keluarkan artikel tentang asas pemakanan!

 

4. Bertindak Sekarang

Jangan tunggu lama-lama lagi. Kalau anda nakkan sesuatu, mulakan usaha anda sekarang dan bukannya nanti. Kemudian, kekalkan usaha anda kerana motivasi bukanlah yang terpenting sekali dalam mencapai kejayaan, tetapi konsistensi usaha.

 

Jadi, apa tunggu lagi? Mulalah langkah anda sekarang!

SHARE
Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here