Home KESIHATAN Makan Blueberry Untuk Kesihatan Otak

Makan Blueberry Untuk Kesihatan Otak

246
0
SHARE

Otak adalah pusat kawalan tubuh manusia dan ia berfungsi sepanjang masa. Otak menghantar isyarat-isyarat ke seluruh badan supaya badan kita dapat terus berfungsi. Sebab itu, kecederaan otak boleh menyebabkan bahagian-bahagian badan gagal berfungsi.

Selain daripada mengawal sistem fisiologi badan, otak turut berfungsi untuk tujuan-tujuan kognitif. Berfikir, emosi,  ingatan, semuanya dalam otak kita. Semakin kita berumur lanjut, sel-sel yang menghubungkan saraf otak akan berkurangan. Kondisi ini dipanggil sebagai degenerasi otak.

Degenerasi otak boleh berlaku dalam mana-mana golongan manusia tetapi kebiasaannya kerap berlaku dalam kalangan warga emas yang berumur mencecah lebih daripada 65 tahun. Ingatan mula kabur, aktiviti-aktiviti kehidupan turut merosot, sampaikan ada yang tidak mampu bercakap lagi kerana “terlupa” bahasa.

Ini adalah satu kondisi kesihatan di mana prestasi otak semakin berkurangan kerana faktor umur dan lain-lain. Dukacita dimaklumkan, tidak semestinya warga tua sahaja yang boleh terkena kondisi seperti ini.

Paran saintis mencari ubat untuk penyakit Alzheimer, Dementia, dan macam-macam lagi kondisi degenerasi otak. Setakat ini, belum betul-betul ada lagi satu jenis ubat yang memulihkan 100% masalah tersebut. Tetapi, para saintis menjumpai alternatif-alternatif lain bagi mempertingkatkan prestasi otak.

Buah blueberry dipercayai mampu memberi kesan peningkatan prestasi kognitif yang pelbagai dalam kesemua lapisan masyarakat. Daya ingatan didapati bertambah kuat dalam kalangan kanan-kanan dan orang tua manakala kebolehan untuk memproses informasi menjadi semakin mantap dalam kalangan remaja dan belia. Para saintis mengatakan yang buah ini mampu melawan keradangan otak.

Kajian selama 12 minggu telah dijalankan bagi mengkaji kesan jus blueberry yang pekat ke atas prestasi kognitif otak. Peserta kajian tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan diberikan 30ml jus buah tersebut dan satu kumpulan lagi diberikan placebo sahaja. Apa yang mereka dapati adalah kumpulan yang meminum jus tersebut telah berjaya meningkatkan pengaktifan otak yang terlibat dengan fungsi kognitif!

Kebanyakan kajian telah menyatakan, bahan antioksida dalam buah-buahan tersebut mempunyai sifat anti-keradangan yang mampu meningkatkan isyarat dan perhubungan saraf otak. Pengkaji-pengkaji juga mempercayai yang buah-buahan jenis berry adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana kemampuan mereka untuk meningkatkan metabolisme glukosa dalam badan.

SHARE

Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here