Home KESIHATAN Kurangkan Gejala Kembung Perut

Kurangkan Gejala Kembung Perut

258
0
SHARE

Anda bermasalah dengan perut berangin? Sering berasa tidak selesa kerana perut kembung? Rasa seperti hendak sentiasa membuang angin, dan segan untuk membuang angin di khalayak ramai?

Perut berangin ataupun perut kembung boleh menyebabkan anda ingin bersendawa, melepaskan angin (ataupun sukar melepaskannya), dan ini boleh menjadi petanda yang perut anda banyak gas!

Sikit-sikit mungkin tiada masalah, tetapi kalau dah sehingga mengganggu urusan harian anda (samada daripada berjumpa dengan orang ataupun susah untuk melakukan kerja-kerja rumah kerana sakit perut), pasti anda mahukan jalan penyelesaiannya.

Langkah Pertama

Cara terbaik untuk mengelakkan sakit perut disebabkan perut berangin adalah dengan mengelak daripada memakan makanan-makanan yang buat anda rasa sebegitu. Ada orang yang tidak boleh memakan rebung, ada yang tidak boleh memakan buah. Pucuk pangkalnya, anda kena kenalpasti apa jenis makanan yang buat perut anda meragam.

Antara makanan-makanan yang terkenal untuk membuat orang bergas:

  1. Buah-buahan (epal, lai, anggur, dan lain-lain)
  2. Ulam-ulaman (pucuk paku, kangkung, dan lain-lain)
  3. Produk tenusu
  4. Air berkarbonat

Cara Lain Untuk Kurangkan Kembung

Kembung perut boleh jadi maksud kepada benda lain, seperti kondisi yang dipanggil lactose intolerant (tidak boleh memakan makanan yang diperbuat daripada produk tenusu). Orang yang selalu pergi ke gym dan mengambil minuman protein, ramai mempunyai masalah kembung perut apabila meminum susu protein. Ini adalah salah satu puncanya. Kalau begini, anda kena cari jenis protein yang bebas laktosa.

Tip-tip lain yang anda boleh guna untuk kurangkan kembung perut adalah:

  1. Banyakkan meminum air kosong sebelum mula makan.
  2. Kunyah makanan dan minum secara perlahan-lahan.
  3. Elakkan daripada merokok ataupun menghisap vape.

Meminum sebelum makan ataupun selepas makan adalah lebih baik daripada meminum semasa anda sedang makan. Asid dalam perut boleh terganggu dengan meminum semasa memakan. Cuba minum air kosong 15-30 minit sebelum memakan.

Jangan Ambil Mudah

Kembung perut yang kerap bukanlah perkara yang patut diambil mudah, kerana ia juga boleh menjadi petanda kepada benda lain yang lebih besar seperti keradangan kolon yang turut boleh mendorong kepada perkara lebih serius. Periksa juga samada anda mengalami satu kondisi dipanggil hernia (usus lari dari ruang perut).

SHARE

Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here