Home KESIHATAN 8 Tip Kekalkan Motivasi Misi Kurus

8 Tip Kekalkan Motivasi Misi Kurus

241
1
SHARE

Misi kurus tidak harus muncul hanya pada akhir/awal tahun sahaja. Dan, bukan pula bermusim seperti sebelum Hari Raya Aidilfitri. Misi kurus sepatutnya berlangsungan sepanjang tahun dan dikekalkan sepanjang hidup.

Semestinya, kurus bukanlah bermaksud anda sihat 100%, dan gemuk pula tidak bermaksud anda sudah pasti sakit. Kadang-kadang, ia terbalik. Tetapi, pandang begini, mereka yang berusaha untuk kurus (dengan bersenam dan menjaga makan) sudah pasti adalah lebih baik untuk kesihatan mereka berbanding yang tidak berbuat apa-apa.

Cukup berceramah, apa kata anda gunakan 8 tip ini untuk misi kurus anda dan jadikan misi tersebut satu misi yang akan berjaya dengan cemerlang!

1- Mulakan Hari Ini, Bukan Tunggu Esok

Prokrastinasi (ataupun melengah-lengahkan) adalah perosak kepada kejayaan. Melengah-lengahkan sesuatu tidak mendatangkan sebarang manfaat, lagi menyusahkan ada lah! Mulalah misi anda meskipun dengan memakan sebiji epal sehari.

2- Cari Seorang Kawan Bermisikan Sama

Anda lebih mudah untuk kekal dengan motivasi untuk bersenam apabila ada rakan yang ikut sekali. Kalau bukan rakan, mungkin boleh ajak family sendiri. Bukannya kita suruh mendaftar ke gym yang harga ribu-riban. Pergi keluar bersenam petang-petang di taman pun cukup baik!

3- Makan Benda Rendah Lemak

Macam mana anda nak tahu benda tersebut rendah lemak? Satunya, paling mudah adalah mengurangkan makanan berminyak. Yang goreng-goreng, anda pilih jenis yang direbus, dipanggang, distim, dan lain-lain.

4- Makan Sayuran Dan Buahan

Menggantikan sebahagian daripada nasi kepada sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menurunkan berat badan dengan berkesan. Saya jamin, kalau anda dapat kurangkan separuh pengambilan nasi kepada lebihan sayuran, anda boleh turun 3-4kg dengan mudah!

5- Makan Sikit Tapi Kerap

Sekali harung makan banyak boleh buat anda terlebih makan, dan memakan ikut nafsu. Kalau anda makan sikit-sikit dan kerap, kuantiti makanan dapat dijaga. Anda dapat kawal lagi diri daripada terlajak makan.

6- Siapkan Bekalan

Jangan berharap untuk pergi ke kedai makan sahaja tiap kali tiba masa makan. Sebaliknya, siapkan sendiri makanan anda di rumah. Laburkan masa hujung minggu untuk siapkan beberapa bekas makanan yang boleh dipanaskan setiap hari.

7- Jangan Tinggal Sarapan Pagi

Sarapan pagi bermain dengan tahap mental dan juga kestabilan rembesan hormon anda. Secara mudahnya, mereka yang tinggalkan sarapan pagi lebih cenderung untuk memakan mengikut nafsu sepanjang hari (kerana lapar daripada pagi).

8- Minum Banyak Air

Meminum banyak air mampu mengawal nafsu makan. Cuba minum 8-10 gelas sehari untuk membekalkan cecair yang cukup untuk badan.

SHARE

Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here