Home KESIHATAN 3 Sebab Anda Selalu Lapar

3 Sebab Anda Selalu Lapar

169
0
SHARE

Pernah rasa tak yang anda seperti makhluk asing antara rakan-rakan anda yang terlalu kerap makan kerana sikit-sikit rasa lapar? Mungkin bukanlah sampai rasa seperti mahluk asing, tetapi anda paham maksud saya.

Apa yang menyebabkan anda sentiasa berasa lapar walaupun anda baru sahaja selesai makan beberapa jam yang lalu? Macam mana nak kurus kalau asyik rasa lapar sahaja! Jom kita tengok beberapa sebab yang menyebabkan anda berasa begitu.

Tidak Meminum Air Mencukupi

Badan kita, majoritinya terdiri daripada air. Sel-sel dalam badan dipenuhi dengan air, sebenarnya. Sebab itu, siapa yang tak minum cukup air adalah lebih berbahaya (kepada kesihatan mereka) berbanding yang tak cukup makan!

Secara amnya, kalau anda merupakan seorang yang aktif (bersukan dan bersenam), anda akan memerlukan lebih banyak pengambilan air daripada orang biasa, seperti:

  1. Lelaki: 16 cawan air sehari
  2. Perempuan: 12 cawan air

Kenapa air yang sikit buat kita terasa lapar?

Pertamanya, air memberikan kita rasa lebih kenyang. Apabila anda minum air, perut anda mengembang sekali gus menghantar isyarat kepada otak yang anda sudah “penuh”.

Untuk menangkis masalah lapar anda, cuba minum secara kerap. Simpan botol air bersama anda dan bila rasa lapar sahaja, teguk air sedikit untuk “menipu” otak yang anda sudah isikan perut anda dengan “makanan”.

Tidak Mendapat Bekalan Serat Mencukupi

Serat terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan beberapa contoh makanan lain di mana ianya sangatlah penting untuk sistem penghadaman kita. Malangnya, komponen inilah yang sering terabai oleh orang ramai (kerana mereka lebih sukakan makanan manis dan berlemak berbanding makanan tinggi serat).

Antara gantian terbaik untuk membantu anda tingkatkan pengambilan serat adalah menggantikan pengambilan beras putih kepada beras perang. Jangan risau tentang rasa kerana anda akan terbiasa apabila sudah makan lama-lama nanti.

Tidak Memakan Sayur-sayuran

Pengambilan sayur-sayuran haruslah ditekankan seandainya anda berhasrat untuk menjadi lebih kurus dan membakar lemak. Malah, kalau anda pentingkan kesihatan sistem penghadaman, sayur-sayuran adalah antara ubat yang paling mujarab.

Kelebihan sayur-sayuran bukan sahaja pada kandungan vitamin dan mineralnya yang tinggi. Sayur-sayuran juga memiliki jumlah kalori yang sangat kecil walaupun diambil dalam kuantiti yang sangat besar. Dengan memakan banyak sayur, anda dapat mengawal nafsu makan (mengenyangkan anda) tanpa perlu rasa risau akan jadi gemuk!

Tip: Kalau rasa susah untuk memakan sayur, anda boleh masukkan sayur ke dalam masakan lain seperti membuat telur dadar berserta sayur-sayuran, roti sandwich, ataupun menjadikan mereka seperti smoothie (dikisar bersama buah).

SHARE
Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here