Home BISNES Tom Anderson, Pengasas Myspace Bersara sebelum 40 Tahun Dan Habiskan Masa Travel...

Tom Anderson, Pengasas Myspace Bersara sebelum 40 Tahun Dan Habiskan Masa Travel Ke Seluruh Dunia

604
0
SHARE

MySpace merupakan salah sebuah platform social networking yang terawal wujud di dalam dunia ni. Jika anda lahir pada sekitar 90-an, mungkin anda sempat menikmati penggunaan platform Myspace untuk bersosial secara online.
Ini antara fakta menarik mengenai pengasasa Myspace :

1) Tom Anderson merupakan pengasas MySpace pada tahun 2003 dan bersara daripada syarikat berkenaan pada tahun 2009 dengan menjual syarikat berkenaan kepada News Corp dengan berharga $580 Juta.

2) Tom Anderson, berumur 45 tahun (2017) telah mengembara ke seluruh dunia dan telah mengambil beberapa gambar yang sangat menakjubkan!

3) Pernah mengambil satu gambar selfie yang sangat RARE dan menjadi kecoh bualan seluruh dunia.

Apapun yang terjadi anda yang pernah menggunakan platform Myspace mesti tahu ingat yang Tom merupakan rakan pertama anda di laman berkenaan sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pengguna MySpace.

Sungguh nostalgia.

Anderson yang berumur 45 Tahun ini telah melancarkan laman social networking pada tahun 2003, dan selepas itu barulah kewujudan Facebook yang masih tidak popular ketika itu dimana siapa yang menggunakan platform Facebook ketika itu dianggap sebagai lama sosial untuk “orang-orang tua sahaja”.

Anderson telah meninggalkan MySpace pada tahun 2009, 4 tahun selepas menjual syarikat berkenaan kepada News Corp dengan jumlah jualan sebanyak $580 Juta.

Sekarang zaman persaraan Anderson lebih menyeronokkan lagi dimana Anderson sedang mengembara ke seluruh dunia dengan menangkap banyak gambar-gambar yang menakjubkan dan diantara tempat yang pernah dijalah oleh beliau adalah Singapore, Bali dan Malaysia.

Siapa yang mengenali Anderson, beliau merupakan seseorang yang suka bersembunyi di sebalik kamera. Tetapi beliau telah mengejutkan dunia apabila telah menangkap gambar selfienya dan berkongsi di laman akaun Instagram beliau sendiri, dan gambar itu viral menjadi bualan orang seluruh dunia.

Tom Selfie 3

Tapi yang lebih menarik dari tu, Anderson sekarang mempunyai hobi tetap beliau iaitu menjadi seorang “landscape photographs”. Ini antara hasil-hasil tangkapan Anderson semasa beliau menjelajah ke serata dunia :

Anderson memberitahu “Sepanjang tahun, saya mengembara ke serata dunia dan berkawan dengan ramai orang. Saya juga ada kehilangan orang yang saya sayang di dalam perjalanan ini. Menceburi bidang fotografi semenangnya mengubah kehidupan saya.”

SHARE
Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here