Home MAKANAN Resipi Ikan Masin Talang Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas Paling Kaw

Resipi Ikan Masin Talang Masak Lemak Cili Padi Campur Nenas Paling Kaw

2543
0
SHARE

Baru lihat dan baca sahaja resipi, dah telan air liur.  Memang tidak menunggu lama, balik kerja terus  pergi pasaraya cari bahan nak masak ikan masin talang ini. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan penyediaan yang sangat ringkas.

Berikut kami kongsikan kepada anda resipi ikan masin talang masak lemak cili padi campur nenas yang pasti memikat selera.

Bahan utama:


20 biji cili padi (kalau suka pedas, boleh tambah kuantiti cili padi)
2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 batang serai – (Diketuk terlebih dahulu)
1 biji nenas – potong kecil
4 cawan air
Santan secukupnya
Ikan talang masin – (Dipotong Kecil)
2 keping Asam gelugor
Garam
Gula

Bahan-Bahan Kisar:

2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
20 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
*kisarkan kesemua bahan dia atas sehingga hancur dan benar-benar lumat. Sementara mengisar, anda boleh memanaskan minyak di dalam periuk.

Cara Membuatnya:

Masukkan  serai yang telah diketuk ke dalam periuk yang telah panas minyaknya. Setelah naik bau serai, masukkan pula bahan kisar tadi. Kacau rata sehingga agak garing dan naik bau.
Tuangkan santan sedikit demi sedikit dan kacau. Masukkan air dan kacau hingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan ikan ikan masin talang yang telah siap dipotong kemudian masukkan nenas. Kacau rata dan masak hingga nenas empuk.
Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Kacau perlahan supaya bahan dan rempah sebati.
Biarkan  mendidih sekejap dengan api kecil dan teruskan kacau.
Setelah mendidih dan telah cukup rasa, boleh matikan api.
Sajikan bersama nasi panas dan sedikit ulam-ulaman.

*Anda boleh juga terus masukkan air, serai dan bahan kisar ke dalam periuk tanpa perlu menumis. Terpulang kepada cara masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here