Home BISNES Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Rumah Cash Tanpa Buat Loan

Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Rumah Cash Tanpa Buat Loan

3406
1
SHARE

“Strategi ni boleh lah buat, sebab bapak dia kaya, belikan rumah cash. Aku ni, laki bini kerja makan gaji, gaji pun sorang RM 2500/bulan. Macam mana nak beli rumah cash. Plan ni tak boleh pakai untuk anak aku”

Tersenyum bila membaca komen-komen macam ni.

Korang punya anak, aku plak yang nak kena tolong urus dan kirakan.

Takpelah, aku bermurah hati nak tolong kau buat planning untuk anak kau plak. Kalau masih mengkritik lagi, satu je nak cakap, “Bila Hati Sudah Hitam, saksikan drama Tanah Kubur di Astro Oasis”

Setiap orang mempunyai 2 kuota pinjaman perumahan sehingga 90%. Guna kuota tu dengan bijaksana.

Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Rumah Cash Tanpa Buat Loan

Si suami :
Kuota 1 = Beli rumah untuk investment
Kuota 2 = Beli rumah untuk duduk (sebab tanggunjawab seorang suami menyediakan tempat tinggal)

Si isteri :
Kuota 1 = Beli rumah untuk investment
Kuota 2 = Beli rumah untuk investment

Contoh :
Si isteri beli sebuah rumah berharga RM 100,000, ikat 35 tahun dengan kadar interest bank 5%, bulanan sekitar RM 505.

Sewakan rumah tersebut Fully Furnished / Perbilik / Perkepala dengan anggaran sewaan sekitar RM 800/bulan.

Lebih tunai sewaan = RM 800 – RM 505 = RM 295/bulan

1. Tahun pertama, si suami pergi buat ASB loan RM 50,000 – bulanan sekitar RM 275 (bayar guna duit lebihan dari sewaan rumah / maintain bayar selama 20 tahun)

2. Tahun kedua, si suami tambah lagi ASB loan RM 50,000 – Guna dividen dari ASB tahun pertama untuk membayar lumpsum bulanan ASB yang baru di buat ini dan begitulah tahun-tahun seterusnya.

3. Tahun ketiga, si suami tambah lagi ASB loan RM 50,000 – Guna dividen dari ASB tahun kedua untuk membayar lumpsum bulanan ASB yang baru di buat ini dan begitulah tahun-tahun seterusnya.

4. Tahun keempat, si suami tambah lagi ASB loan RM 50,000 – Guna dividen dari ASB tahun ketiga untuk membayar lumpsum bulanan ASB yang baru di buat ini dan begitulah tahun-tahun seterusnya.

5. Tahun kelima, si isteri pula pergi buat ASB loan RM 50,000 – Guna dividen dari ASB tahun keempat untuk membayar lumpsum bulanan ASB yang baru di buat ini dan begitulah tahun-tahun seterusnya.

6. Tahun keenam, si isteri tambah lagi ASB loan RM 50,000 – Guna dividen dari ASB tahun kelima untuk membayar lumpsum bulanan ASB yang baru di buat ini dan begitulah tahun-tahun seterusnya.

7. Tahun ketujuh, si isteri tambah lagi ASB loan RM 50,000 – Guna dividen dari ASB tahun keenam untuk membayar lumpsum bulanan ASB yang baru di buat ini dan begitulah tahun-tahun seterusnya.

8. Tahun kelapan, si isteri tambah lagi ASB loan RM 50,000 – Guna dividen dari ASB tahun ketujuh untuk membayar lumpsum bulanan ASB yang baru di buat ini dan begitulah tahun-tahun seterusnya.

Tahun ke9 – 19 = maintain bayar dan rolling dividen
Tahun ke20 = TERMINATE kesemua ASB si suami dan si isteri

Hasilnya :

Jumlah tunai di tangan hasil terminate ASB tadi sekitar RM 299,027 (boleh rujuk gambar yang telah aku lakarkan penggiraan)

Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Rumah Cash Tanpa Buat Loan

Rumah yang di beli isteri tadi, selepas 20 tahun dengan anggaran kenaikan nilai sekali ganda dari RM 100,000 ke RM 200,000, JUAL rumah tersebut, hasilnya :

RM 200,000 – RM 63,819 (baki hutang pokok pinjaman rumah selepas 20 tahun) = RM 136,181
TOTAL CASH di tangan = RM 299,027 + RM 136,181 = RM 435,208 (hampir setengah juta jugak)
Gunalah duit tu untuk :

  • Dana pendidikan anak kau
  • Setelkan habis pinjaman rumah yang kau tengah duduk
  • Belilah kereta yang selesa untuk Family secara tunai
  • Beli tanah + bina rumah idaman
  • Bawak parents / pasangan ke umrah / haji
  • Apa sahaja yang kau nak buat, sebab duit kau

Planning untuk diri sendiri pun takda, apatah lagi planning untuk anak, yang ada planning untuk menyalahkan orang lain yang buat planning untuk anak dia.Ahahha

Nak belajar lagi teknik-teknik dari ASB, boleh klik sini : https://www.facebook.com/hamba.tuhan.89/posts/1584921444873215

SHARE dan TAG family/kawan-kawan/sedara mara/jiran-jiran/ex korang status ini jika bermanfaat.

Kredit : Muhd Farid

1 COMMENT

  1. [7/20, 1:19 AM] Yokakayo: Tumpang lalu admin..usia pencen, jualan ketika sihat, utk developt masa depan anak2..
    kawan2 bolih tolong panjangkn kpd sesiapa yg sedang mencari hartanah..
    atau bolih jga kawan2 klau mahu membuat marketing…

    *TANAH UNTUK DIJUAL:*

    *Hartanah 1:*

    *lokasi:* Jalan Semenyih Kajang, berhampiran Bandar Teknologi Kajang.

    *Status Tanah:* Milik Kekal Selamanya, Malay Rezab, pertanian.

    *Keluasan Tanah:* 5.5 ekar.

    *Harga*: rm14 satu kaki persegi.

    *Status Tanah:*
    milik kekal selamanya, Malay Rezab, pertanian.

    *Direct owner*:
    0136557445/01121096737 Cikgu Mail.

    *Hartanah 2:*

    *Lokasi*:
    Pulau Besar, Mersing, Johor.

    *Keluasan Tanah*
    4.5 ekar.

    *Harga Jualan:*
    Untuk semua bahagian rm1.6 juta

    *Keterangan tanah:*
    Tanah masih asli tidak terusik, tepi pantai muka menghala ke Laut China Selatan, air biru jernih.
    Amat sesuai utk di bangunkan Resort Pelancungan. Dari Jeti Mersing ketanah- guna speed boat (20minit), guna slow boat (45 minit)
    Jika ada pihak mahu *JV* untuk bangunkan resort, bolih bincang.

    *Direct owner:*
    013 6557 445/011 2109 6737.Cikgu Mail.
    [7/20, 1:55 AM] 9: tq..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here