Home KESIHATAN Kenapa Wanita Patut Pergi Gym?

Kenapa Wanita Patut Pergi Gym?

332
0
SHARE

Ada banyak kebaikan yang wanita boleh dapat melalui latihan angkat berat di gym. Jangan ingat orang lelaki yang ingin sado sahaja pergi ke gym! Wanita yang ingin memiliki badan yang lebih sihat, mantap, dan kuat juga patut pergi berlatih angkat berat. Jangan risau, perempuan tidak akan menjadi seperti lelaki. Mari kita lihat apa kebaikan yang wanita boleh dapat daripada latihan di gym!

Anda Akan Bakar Lebih Banyak Lemak
Lupakan latihan treadmill dan berjogging. Kalau anda kerap mengangkat berat, anda akan menjadi kurus lebih cepat berbanding kardio sahaja. Untuk latihan yang lebih berkesan, anda gabungkan kedua-dua jenis latihan untuk memaksimumkan keberkesanan pembakaran lemak, tapi lebihkan latihan angkat berat!

Anda Akan Bakar Lebih Banyak Kalori
Kalau anda kira kalori yang anda bakar semasa senaman, latihan kardio seperti berjogging untuk 40-60 minit akan bakar banyak kalori. Tetapi, itu lah, pembakaran kalori dalam latihan kardio berlaku semasa latihan sahaja. Berbeza dengan latihan angkat berat, pembakaran lemak akan berterusan untuk 72 jam selepas habis latihan! Otot-otot yang sedang sibuk memulihkan diri daripada latihan angkat berat memerlukan banyak kalori sebagai tenaga untuk proses pemulihan.

Anda Akan Kuatkan Tulang
Tahu atau tidak, wanita lebih cenderung untuk mendapat kondisi tulang rapuh yang dikenali sebagai osteoporosis berbanding lelaki. Ini adalah faktor genetik dan juga gaya hidup. Lelaki lebih aktif, menjadikan otot dan tulang mereka lebih kuat. Untuk mendapatkan kesan yang sama dan menjaga tulang anda daripada kerapuhan apabila lanjut umur, latihan bebanan adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk diamalkan!

Anda Membina Bentuk Badan Lebih Menawan
Wanita yang inginkan bentuk badan menawan boleh amalkan latihan bebanan di gym. Senaman-senaman berintensiti tinggi akan meningkatkan tona otot dan memberikan lengkungan-lengkungan cantik. Kurus sangat pun tidak, berisi sangat pun tidak. Wanita yang berlatih di gym boleh mencipta badan seperti model-model fitness!

Anda Kurangkan Sakit Sendi
Disebabkan struktur anatomi wanita yang berbeza dengan lelaki, para wanita lebih cenderung untuk mendapat sakit-sakit sendi seperti sakit lutut. Keadaan ini bertambah teruk apabila ditambah dengan senaman berjogging yang kerap dan menggunakan kasut yang tidak sesuai. Senaman di gym seperti squat boleh melegakan sakit sendi apabila dilakukan dengan program latihan yang bersesuaian.

Anda Menyihatkan Jantung
Mereka yang mengalami masalah darah tinggi boleh mengawal tekanan darah mereka dengan pemakanan yang baik dan juga program latihan bebanan progresif. Jantung anda akan berterima kasih kepada anda yang konsisten dengan latihan bebanan! Bukan itu sahaja, ia turut merendahkan kadar kolestrol tidak baik dalam darah, lalu mengurangkan risiko masalah jantung.

SHARE

Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here