Home FESYEN 8 Langkah Mudah Melentikkan Bulu Mata Anda

8 Langkah Mudah Melentikkan Bulu Mata Anda

267
0
SHARE

Siapa yang tidak mahukan bulu mata yang panjang dan lentik. Idaman semua wanita terutama bagi mereka yang memntingkan solekan. Ternyata terdapat banyak jenis langkah bagi melentikkan bulu mata.

8 Langkah Mudah Melentikkan Bulu Mata Anda

Malah ada yang mencuba melentikkan bulu mata dengan cara menggunakan sudu dan juga pelentik haba. Berikut merupakan langkah mudah bagi anda untuk menvuba dalam melentikkan bulu mata anda.Pasti anda akan berpuas hati setelah mencuba langkah-langkah ini.

  • Anda perlu ada pelentik bulu mata terlebih dahulu. Ia boleh didapati di watson ataupun kedai-kedai yang menjual alat-alat mekap.
  • Buka pelentik bulu mata dan masukkan bulu mata anda ke dalam. Pastikan bulu mata anda terletak elok sepanjang garisan pelentik bulu mata. Jangan biarkan jarak antara penyepit dan kulit terlalu rapat. Dikhuatiri kulit anda akan turut sekali tersepit.
  • Secara perlahan, Kepitkan bulu mata anda secara menyeluruh.
  • Ubah arah pergelangan tangan anda sambil terus memegang bulu mata dengan pelentik.
  • Terbalikkan pelentik bulu mata ke atas dan kepitkan secara rapi bulu mata anda dalam tempoh masa 5 saat.
  • Kemudian, pusingkan kembali tangan anda pada kedudukan yang asal dan sudah boleh membuka pelentik bulu mata secara perlahan-lahan.
  • Keluarkan bulu mata daripada garisan pelentik.
  • Langkah terakhir anda boleh tambahkan lapisan maskara pada bulu mata agar bulu mata anda lebih tahan lama dalam keadaan melentik.

Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here