Home TRAVEL 5 Tips Merancang Percutian Mengikut Bajet Anda

5 Tips Merancang Percutian Mengikut Bajet Anda

211
0
SHARE

Keinginan anda untuk bercuti terkandas disebabkan duit yang tidak mencukupi. Duit hendak bercuti dah berjaya dikumpul tetapi masih belum cukup untuk digunakan dalam trip percutian. Disebabkan itu, perancangan percutian anda terpaksa di tunda. Pelbagai kos terpaksa diambil kira agar segalanya tidak melebihi bajet anda.

Jangan bimbang, saya akan kongsikan kepada anda tips untuk anda bijak merancang percutian anda bersesuaian dengan bajet yang anda ada tanpa perlu menangguhkan percutian anda kelak.

1.Bawa bekalan makanan

Untuk lebih jimat, anda boleh menyediakan bekalan makanan dari rumah. Ia ternyata dapat mengurangkan kos perbelanjaaan anda ketika bercuiti tanpa perlu membeli makanan di luar yang ternya tinggi harganya. Tidak perlu pening kepala, anda boleh membawa makanan ringan dan segera yang memudahkan anda ketika bercuti nanti. Tidak perlulahanada terfikir untuk membawa bekalan makanan seperti hendak berkelah, Tidak perlu sama sekali ye.

2.Selidik restoran yang menawarkan promosi

Sebelum anda pergi bercuti di tempat yang dituju, pastikan anda selidik semua tempat yang menawarkan harga promosi. Contohnya di sini, anda boleh slidik lebih awal restoran yang menawarkan harga set makanan sekali air dengan harga murah.

3.Penempatan

Cari hotel atau homestay yang menawarkan harga berpatutan dan tidak melebihi daripada bajet anda. Cukup sekadar untuk keselesaan anda untuk tidur. Ingat kembali tujuan anda bercuti sama sekali bukan untuk terperap dalam bilik hotel mahupun homestay semata-mata.

4.Perancangan Waktu

Buat pemilihan waktu secara tepat agar anda dapat mengurangkan belanja. Pilih waktu ketika semua orang kurang bercuti. Ia ternyata lebih murah berbanding jika anda memilih untuk bercuti pada musim cuti sekolah ataupun pada musim perayaan.

5.Pilih Destinasi Kurang Popular

Destinasi yang kurang popular biasanya akan menawarkan pakej harga yang lebih murah berbanding destinasi yang popular dan menjadi tumpuan ramai. Walaupun destinasi itu kurang popular namun ianya tidak bermakna ia bukanlah destinasi percutian yang hebat. Asalkan anda bijak merancang aktiviti percutian anda. pasti ianya menjadi lebih menarik dan menghiburkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here