Home KESIHATAN 5 Tips Menjaga Kesihatan Gigi

5 Tips Menjaga Kesihatan Gigi

200
0
SHARE

Siapa yang tidak menginginkan gigi yang cantik dan putih bersih. Namun menjaga kesihatan gigi juga termasuklah menghasilkan nafas yang wangi dan tidak berbau.

Berikut merupakan bebrepa tips berguna untuk menjaga giugi agar sentiasa sihat dan kelihatan bersih serta mampu memberiatan anda keyakinan untuk bercakap.

1. Gosok gigi dengan betul

Gosok gigi dengan cara betul adalah sangat penting . Anda perlu memastikan anda menggunakan berus gigi yang mencecah permukaan gigi untuk memastikan gigi bersih daripada plak. kekerapan anda menggosok gigi juga perlu diberi perhatian. Setiap hari anda perlu menggosok gigi sekurang – kurangnya 2 kali sehari terutamanya selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Bagi mengalekkan masalah mulut berbau, anda disarankan untuk memberus permukaan lidah dengan berus gigi yang sama tanpoa menggunakan sebarang ubat gigi. Bagi memudahkan anda, anda boleh menggosok permukaan lidah terlebih dahulu sebelum menggosok gigi pula.

2. Mengamalkan makan sayur dan buah-buahan

Buah-buahan dan sayuran sangat kaya dengan vitamin C terutamanya buah oren dan juga sayur bayam. kandungan vitamin C ini bertindak sebagai antioksidan malah dapat membantu kesihatan gusi agar kekal sihat dan mampu memegang gigi dengan baik. Sekiranya anda tidak gemar makan buah ataupun sayur, anda boleh mendaoatkan vitamin C dalam bentuk supplemen bagi memnuhi keperluan anda pada setiap hari.

3. Berjumpa doktor gigi

Anda disarankan juga untuk berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun bagi memastikan keadaan gigi anda dalam keadaan baik. Jika terdaspat sebarang masalah terhadap gigi anda, doktor gigi akan segera menjaalankan rawatan dengan kadar segera.

4. Berhenti merokok

Bagi mereka yang menghisap rokok, anda disarankan untuk berhenti merokok jika anda menyayngi gigi anda sendiri. Merokok ternyata merupakan penyumbang kepada nafas berbau dan gigi berkarat.

5. Say NO kepada minuman berkarbonat

Minuman berkarbonat tidak baik kepada kesihatan dan buah pinggang. Tahukah anda bahawa ianya juga dapat menghakis permukaan gigi sekaligus menyebabkan gigi anda lebih sensitif. Sebaiknya kurangkan ataupun elakkan pengambilan minuman berkarbonat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here