Home BISNES 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Facebook Instant Articles

5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Facebook Instant Articles

729
0
SHARE
5-perkara-anda-perlu-tahu-mengenai-instant-artikel

Sesiapa yang mempunyai blog dan page di Facebook mesti sudah mulai menggunakan ciri yang telah dikeluarkan oleh Facebook yang dipanggil sebagai Instant Article. Untuk pengetahuan anda, Instant Articles ini telah diumumkan secara rasmi pada Feb2016 dan dibuka kepada orang ramai pada April 2016.

Facebook telah menjadi salah sebuah platform yang boleh mendatangkan banyak traffic ke website. Pada summer 2015 Syarikat Menganalisa Traffik, Parsely  telah membongkarkan bahawa Facebook telah mengatasi Google di dalam menjadi rujukan trafik untuk website berita.

Sebelum itu, Apa itu Instant Articles ?

apa-itu-fb-instant-artikel

Josh Roberts, Product Manager at Facebook memberitahu :

“Facebook’s goal is to connect people to the stories, posts, videos or photos that matter most
to them. Opening up Instant Articles will allow any publisher to tell great stories, that load quickly, to people all over the world. With Instant Articles, they can do this while retaining control over the experience, their ads and their data”

Bagi sesiapa yang mahu membuat Instant Article ini boleh pergi kesini :

Bagaimana untuk bermula membina IA

Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Instant Articles :

1. Anda boleh menjana kewangan melalui Instant Articles

Penerbit boleh menjana kewangan daripada konten yang telah dihasilkan. Jika anda menjual iklan di dalam konten anda, Facebook akan beri kepada penerbit 100% revenue dan akan mengambil 30% jika iklan itu dijual melalui Facebook Audience Network.

Facebook Audience Network menawarkan kepada penerbit peluang untuk leverage kuasa yang ada menggunakan FB Ads untuk menjana kewangan melalui content dan jika anda sudah mula menggunakan Instant Articles anda berpeluang untuk opt-in Audience Network Ads.

Jika anda menjual iklan anda sendiri, anda boleh iklankan dalam bentuk video, animated, banner dan banner di tengah-tengah artikel. Untuk lebih lanjut anda boleh layari Facebook Developer Docs

Ini seolah-olah seperti anda membuat Google Adsense, dengar cerita FB boleh berikan 50x lagi besar daripada Adsense. Ini peluang besar untuk kita semua.

2. Instant Articles tidak mencipta Post daripada Page Fb Anda

Apabila anda terbitkan IA, ia tidak automatik mencipta FB Post anda menjadi IA. Ia akan terjadi apabila ada pembaca yang datang daripada pengguna mobile yang telah ditujukan kepada URL Artikel di Facebook, link artikel itu akan dipaparkan sebagai Instant Articles daripada paparan cara lama iaitu melalui mobile browser.

3. Kepantasan semasa loading artikel

Kepantasan dan kelajuan sesuatu paparan artikel sangat penting untuk sesebuah blog, dan IA boleh mengeluarkan paparan blog anda 10x lebih laju daripada mobile web articles. Menurut kajian daripada FB, IA boleh membawa peningkatan kepada 20% terhadapa bilangan klik.

Selain daripada bilangan klik, ia juga secara tidak langsung akan menambah bilanggan pembaca kepada blog anda.

4. Anda boleh kawal di setiap post yang telah anda terbitkan

Walaupun anda sudah mendaftar IA, anda 100% boleh mengawal artikel yang telah anda kongsikan di FB sama ada mahu jadikan ia IA ataupun tidak. Dan anda boleh menerbit semula di setiap artikel di dalam blog anda dan ia tetap akan kekal menjadi IA apabila anda postnya di FB

5. Anda boleh membuat borang emel “Sign Up” untuk artikel

Pengumpulan database ialah satu perkara yang sangat penting bagi sesiapa yang fokus kepada strategi pemasaran konten dan kehilangan subscriber yang berpotensi tinggi membuatkan FB membuat satu ciri untuk menangkap emel di tengah-tengah artikel.

“One of the other things we heard is that publishers want to build a more direct relationship with their readers through Instant Articles, and one way to do that is through more regular contact with those readers.” Facebook said in a statement.

SHARE
Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here