Home KECANTIKAN 6 Khasiat Tomato Dalam Dunia Kecantikan Wanita

6 Khasiat Tomato Dalam Dunia Kecantikan Wanita

292
0
SHARE

Kecantikan wajah sangat diutamakan oleh wanita. Apa sahaja rawatan sanggup mereka lakukan demi mendapatkan kulit wajah yang bersih putih dan berseri-seri.

Mudah sahaja sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang anda dan juga wanita lain impikan. Tidak perlu untuk berhabis wang ringgit.

6 Khasiat Tomato Dalam Dunia Kecantikan Wanita

Berikut merupakan khasiat yang akan anda dapati dengan mengamalkan pengambilan tomato sebagai makanan.

1. Mengikis Lingkaran Gelap Di Bawah Mata
Hiriskaan tomato secara nipis dan celupkan ke dalam yogurt yang asli. Kemudian lekapkan tomato tersebut di bahagian mata. Cara ini dapat mengurangkan kesan gelap pada mata terutama di bawah mata serta menjadikan kulit pada bahgian mata kelihatan segar dan cerah.

2. Mengecutkan Jerawat
Kisar tomato sehingga ia hancur tanpa menggunakan air. Kemudian sapukan pada wajah dengan usapan yang lembut. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air suam. Cara begini dapat menyejukkan kulit muka dan menyerap minyak yang terdapat pada kulit muka sekaligus menjadikan  beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan kesan parut pada wajah anda.

3. Memudarkan Jeragat
Potong buah tomato kepada dua bahagian. Gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi pada muka anda. Lakukan cara yang sama pada setiap hari, pasti pigmentasi akan semakin pudar dan kulit menjadi semakin cerah.

4. Mengecilkan Liang Roma
Campurkan air perahan tomato dengan putih telur untuk dijadikan sebagi masker. Sapukan pada wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Kemudian bilas dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.

5. Melembapkan Kulit Wajah
Campurkan air perahan tomato bersama yogurt asli. Kemudian sapuka pada seluruh wajah dan leher, biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
mudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.

6. Tona kulit sekata
Campurkan jus tomato bersama madu asli untuk dijadikan sebagi masker.Sapukan pada kulit wajah dan biarkan sehingga ianya kering. Setelah itu bilas dengan air suam yang telah dicampurkan bersama perahan limau nipis. Kombinasi ramuan ini sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata pada wajah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here