Home BISNES 5 Cara AR Mampu Mengubah Landskap Kehidupan Manusia

5 Cara AR Mampu Mengubah Landskap Kehidupan Manusia

259
0
SHARE
augmented-reality

Sekarang ini semua orang sedang kearah teknologi AR, apa itu AR? Nama penuhnya adalah Augmented Reality. Sebuah teknologi superimposes penjanaan imej komputer kepada pandangan pengguna di dunia sebenar.

Ini mungkin antara aplikasi yang boleh digunakan menggunakan teknologi AR dengan lebih menyeronokkan :

1. Pembuatan Tatto

Anda tidak pasti nak tatto jenis macam mana? Aplikasi InkHuntter membolehkan anda preview tattoo yang anda inginkan untuk dilihat terlebih dahulu pada badan anda sebelum dibuat atau mempunyai kesalahan pembuatan tattoo yang tidak diingini.

2. Iklan Yang Lebih Menarik

Selepas ini anda akan lihat iklan-iklan di billboard dengan cara yang lebih menarik dimana ia akan mewujudkan kesan iklan 3D. Jika sebelum ini iklan hanya statik dan tidak menarik, dengan bantuan teknologi AR, iklan-iklan billboard selepas ini akan memberikan iklan menjadi lebih menarik!

3. Salon Maya

Jika anda mahu makeup selepas ini, tetapi tidak pasti samaada makeup berkenaan kena ataupun tidak pada muka anda, AR mampu memberikan gambaran awalnya. Hanya scan di muka anda dan ia akan menujukkan hasil jenis makeup yang akan dibuat. Tidak ada lagi pembaziran makeup akan berlaku dan yang paling penting, pembuangan masa.

4. Bantuan Di Kelas

AR mampu memberikan pembelajaran di sekolah menjadi lebih seronok, Microsoft sedang bekerjasama dengan syarikat ed-tech dimana ia cuba buat pembelajaran secara maya mengenai sistem “Human Circulatory” .Mesti selepas ni sesiapa yang belajar dalam bidang sains lebih menyeronokkan.

5. Menjadi Mata Manusia

AR akan membantu dari segi menjadi kepada pengganti mata manusia bagi mereka yang tidak dapat melihat. AURA telah membuat satu kaca mata dimana ia khas untuk orang buta, ia akan memberitahu apa yang sedang berlaku di sekeliling bagi pengguna yang memakainya.

Teknologi AR semakin canggih dari hari ke hari, selepas ini banyak lagi perkara yang mengejutkan dunia mengenai apa yang AR boleh mengubah kepada landskap kehidupan dunia. Sama-sama kita tunggu.

 

SHARE

Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here