Home SEMASA 22 Jun-2 Julai Tiada Tambah Nilai Di Semua Tol Lebuhraya

22 Jun-2 Julai Tiada Tambah Nilai Di Semua Tol Lebuhraya

254
0
SHARE
22 Jun-2 Julai Tiada Tambah Nilai Di Semua Tol Lebuhraya

BAGI membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol.

Dalam satu kenyataan hari ini, PLUS berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang disebabkan orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

22 Jun-2 Julai Tiada Tambah Nilai Di Semua Tol Lebuhraya

“Kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.

“Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang,” kata kenyataan itu.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara, termasuk di mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam, stesen minyak dan lain-lain lagi.

22 Jun-2 Julai Tiada Tambah Nilai Di Semua Tol Lebuhraya

“Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebih raya.

“Selain daripada itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih,” katanya.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here