Home KESIHATAN 10 Jenis Makanan Yang Mengenyangkan

10 Jenis Makanan Yang Mengenyangkan

291
0
SHARE

Selain daripada kuantiti makanan yang banyak, pilihan makanan anda turut mempengaruhi tahap kekenyangan anda sewaktu makan.

Berikut merupakan 10 jenis makanan yang membuatkan anda rasa kenyang, tanpa menggemukkan anda.

1- Ikan

Kandungan omega-3 yang tinggi dalam ikan-ikan seperti tuna, salmon, sardin, mackerel, dan lain-lain membantu mengurangkan kadar kolestrol dan meningkatkan metabolisme badan anda. Sedap dimakan dengan cara grilled, sekali dengan sayur steam di sebelah.

2- Buah-buahan

Antara buah-buahan yang mengenyangkan ialah delima, lemon, limau, betik, guava, dan tomato yang kaya dengan Vitamin C dan serat. Vitamin C membantu badan anda memproses lemak dengan lebih cepat melalui ransangan carnitine (sejenis amino acid).

3- Sayur-sayuran

Bayam, asparagus, dan broccoli mengandungi effect high-thermal terhadap badan anda di sebalik kandungan kalorinya yang rendah. Ini bermaksud sayuran hijau tidak mudah disimpan sebagai lemak, malah membantu mebakar fat-fat degil.

4- Popcorn

Jarang dengar, tapi popcorn adalah satu snek yang sihat. Cumanya, elakkan popcorn yang bersalut dengan butter yang banyak seperti di panggung wayang. Jangan ditambah lagi dengan air gas. Itu bukan lagi snek yang sihat!

5- Kekacang

Kacang-kacang seperti kacang almond, kacang walnut, mempunyai kandungan nutrisi yang baik terhadap badan. Ia mempuunyai serat, protein, mineral, dan micronutrient yang melengkapkan pemakanan anda. Segenggam kacang akan mengasyikkan anda!

6- Produk tenusu rendah lemak

Susu rendah lemak, keju rendah lemak, dan yoghurt, adalah sumber kalsium yang sangat baik. Kajian mendapati individu yang kekurangan kalsium lebih cenderung untuk menyimpan lemak kerana rembesan hormon calcitrol.

7- Bijirin Penuh (Wholegrain)

Karbohidrat kompleks yang rendah Indeks Glisemik (GI) akan memberikan anda bekalan tenaga untuk jangka masa lama. Contoh makanan rendah GI adalah seperti roti wholegrain, keledek, oatmeal, pasta, dan lain-lain.

8- Sup ayam/daging

Selain kandungan protein yang tinggi, jika dimasak dengan kuantiti minyak dan garam yang sederhana, sup boleh dinamakan sebagai makanan yang sihat. Individu yang ingin kurangkan berat, amat sesuai membuat hidangan sup sayur (broccoli, cauliflower, carrot, tomato, keledek) bersama cebisan ayam dan daging.

9- Telur

Ramai yang risau telur meningkatkan tahap kolestrol anda. Melainkan anda makan sepapan sehari dan tak bersenam langsung, itu mungkin. Telur amat tinggi dengan protein dan sangat sesuai serta sihat diamalkan dalam pemakanan harian.

10- Kacang kuda

Antara snek terunggul, ditabur dengan sedikit garam untuk tambah perisa, kacang kuda boleh mengenyangkan anda dengan kunyahan yang mengasyikkan anda sewaktu menonton TV, ataupun ketika keseorangan mencari ilham. Kacang kuda sangat sedap dan sihat untuk dimakan, ingat untuk makan hanya segenggam dalam satu hidangan.

SHARE
Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here