Home KESIHATAN Tip Pencegahan Serangan Asma

Tip Pencegahan Serangan Asma

196
0
SHARE

Asma adalah sejenis penyakit di mana ruangan udara (pernafasan) anda akan menguncup, menyebabkan kesusahan untuk bernafas atau kita panggil sebagai “sesak nafas”. Biasanya, asma adalah sejenis penyakit yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka, tetapi ia turut boleh diperoleh oleh sesiapa jika mereka tidak menjaga kesihatan sistem pernafasan mereka.

Mereka yang menghidap penyakit asma perlu lebih berwaspada dengan persekitaran dan aktiviti mereka. Ketika serangan asma, nafas mereka akan menjadi pendek, mungkin sekali juga dada mereka akan berasa berat, dan boleh diiringi dengan batuk yang berterusan. Ini aka menyulitkan lagi pernafasan mereka.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh mereka yang terkena serangan asma adalah untuk menangkan diri dahulu. Cuba masuk dalam satu posisi yang dipanggil “fetal position” ataupun “relaxing position” bagi pesakit asma, di mana anda menyerupai bayi dalam rahim ibu. Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan, dan ia boleh dilakukan dalam keadaan duduk ataupun baring-mengiring. Ini adalah langkah pertama untuk kurangkan tekanan pada sistem pernafasan anda. Dalam posisi tersebut, perut anda akan melepaskan tekanan untuk meringankan kesulitan pernafasan. Cuba fokus dan kawal pada pernafasan.

Kemudian, jika anda ada ubat asma, gunakan ubat tersebut untuk membuka semula ruang udara yang terkatup kerana serangan tersebut. Dalam keadaan yang tidak semakin reda, anda disarankan untuk terus dapatkan bantuan daripada doktor.

Apa-apa pun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Sebelum terkena serangan asma, adalah lebih bagus jika anda dapat menghindari perkara-perkara yang boleh mendorong kepada serangan tersebut. Mari kita lihat beberapa tip untuk mencegah serangan asma:

1. Hindari Bantal Dan Tilam Kapas

Sesetengah orang ada masalah dengan bahan yang diperbuat daripada kapas. Lagi-lagi apabila kapas menyentuh hidung mereka, mula-mula terasa gatal dan kemudian diiringi dengan kesusahan nafas. Cuba tidur dengan bantal span atau kekabu, tilam springbed atau span. Paling penting sekali, selalu bersihkan tempat tidur sebab habuk juga boleh jadi punca kepada serangan asma.

2. Hindari Haiwan Berbulu

Mereka yang menghidap penyakit asma boleh juga mengalami masalah apabila mereka berhampiran dengan haiwan-haiwan berbulu, seperti kucing atau anjing. Lebih-lebih lagi kalau ahli keluarga mereka membela haiwan-haiwan ini di dalam rumah. Mudah sangat untuk terkena serangan, tetapi bukan semua oranglah yang mempunyai masalah ini. Jika anda memang sukakan dengan haiwan tersebut, pastika ia berada di luar rumah selalu supaya bulu-bulunya tidak melekat pada perabot dalam rumah.

3. Sentiasa Bersihkan Permaidani

Permaidani di ruang tamu dan dalam bilik adalah tempat kesukaan untuk habuk berkumpul. Jika anda jarang sekali membersihkan karpet, vakum, dan menyapu sekitar rumah, mungkin sekali habuk sudah menjadi tebal. Cuba vakum permaidani dalam rumah anda hari ini, dan lihat berapa banyak habuk yang telah anda vakum. Pasti anda akan terkejut. Cuba vakum setiap minggu, jika tidak, sebulan sekali pun memadai.

4. Jauhkan Penggunaan Aroma Yang Kuat

Pewangi bilik atau minyak wangi yang berbau kuat turut boleh menjadi picu kepada serangan asma. Ketidakselesaan bau akan mengganggu pernafasan, menyebabkan mereka menghirup lebih banyak udara pada mula, dan kemudian mendorong kepada hyperventilation. Ia seakan-akan asma di mana berlaku pernafasan yang pendek, dada terasa berat, dan batuk-batuk boleh juga berlaku. Gunakan wangian yang selesa pada hidung anda sahaja. Jangan terlalu obses untuk dapatkan wangian yang kuat.

5. Berhenti Merokok

Anda merokok? Mulakan perjalanan anda untuk berhenti. Pikirkan juga, mungkin anda tiada masalah dengan asma, ataupun anda tidak lagi terkena serangan asma semasa merokok meskipu anda ada penyakit tersebut. Tetapi, orang disekeliling anda? Mungkin ada yang bermasalah dengan asap rokok, dan mudah terkena asma kalau terhidu rokok. Fikir-fikirkan. Semuanya bermula dengan anda!

SHARE

Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here